πππππ πππππ, π ππ€ππ¨πππ« β Jabatan Mufti Negeri Melaka menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Melaka bagi memperkenalkan Pengarah LPP Negeri Melaka yang baharu, Tuan Zulkifly bin Jamil sekali gus mengukuhkan jalinan kerjasama strategik antara agensi.
βPertemuan rasmi tersebut menjadi platform perbincangan dua hala merangkumi potensi usaha sama dalam pembangunan komuniti serta pematuhan prinsip syariah merentas sektor perkhidmatan.
βPihak Jabatan Mufti Negeri Melaka menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan kepimpinan baharu LPP Negeri Melaka dan komited untuk terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat negeri.
βSesi kunjungan diakhiri dengan pertukaran cenderamata serta sesi fotografi rasmi