20 November 2026 (Jumaat) | Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka
Balai Cerap Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menerima kunjungan daripada Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP bagi menyertai Program Cerapan Langit Malam pada 20 November 2026.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para peserta dalam mengenali keindahan serta keunikan objek-objek samawi, di samping meningkatkan pengetahuan dan minat terhadap ilmu falak dan astronomi.
Penganjuran aktiviti seumpama ini diharap dapat memupuk penghayatan terhadap kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT melalui pemerhatian alam semesta.