Almanak Falak (AF) diterbitkan secara usahasama di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas pergerakan planet dan tidak ada data yang diambil secara langsung dari mana-mana almanak atau efemeris sedia ada.
Tujuan utama Almanak Falak (AF) diterbitkan ialah untuk menyediakan data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah hilal.
Keseluruhan data-data Almanak Falak (AF) merujuk kepada Waktu Piawai Malaysia (WPM) di mana longitud piawai adalah + 120° T (+ 8 jam timur). Ini akan memudahkan lagi pengambilan data-data untuk hitungan.