TEKNOLOGI MAKLUMAT
FUNGSI UTAMA
Menyediakan khidmat ICT dan Komunikasi Jabatan Mufti Negeri Melaka.
OBJEKTIF
- Untuk menjadikan Jentera Pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai suatu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sistem maklumat berkaitan.
- Untuk mewujudkan penyelarasan dengan Unit IT Negeri untuk melaksanakan dasar IT Negeri ke arah e-Kerajaan.
- Untuk menjalin kerjasama dengan institusi agama negeri dan persekutuan serta IPT dalam bidang IT.
- Untuk mempastikan semua masjid di Negeri Melaka memiliki prasarana IT yang melibatkan infrastruktur dan sistem maklumat pengurusan masjid yang efektif, komprehensif dan sofistikated.
- Untuk memberi perkhidmatan latihan asas teknologi maklumat kepada anggota Jabatan Mufti Negeri Melaka dan pengurusan masjid negeri Melaka.
AKTIVITI
- Mengurus / Menyelenggara Rangkaian Data / Sistem-Sistem Aplikasi Jabatan.
- Mengurus dan Memantau Program e-masjid Negeri Melaka.
- Mengurus dan Menyelenggara Perkakasan Server, Komputer, 'Networking' dan Seluruh Sistem Maklumat JMM.
- Mengurus, Menyelenggara dan Memantau Portal al-azim.com dan laman web masjid.
- Mengkaji, Membangun dan Melaksana Sistem Maklumat Baru Untuk Kegunaan Jabatan.
- Urusan Pemasukan Data Ke Dalam Sistem
- Mengurus rekabentuk grafik dan persembahan multimedia berdasarkan keperluan Jabatan
- Urusan Menyediakan Laporan Teknikal Berhubung IT Jabatan.
- Mengurus dan Menyelaras Kursus, Bengkel, Seminar, Konvensyen Berkaitan.
- Menyediakan Garis Panduan / Khidmat Nasihat Kepada Kakitangan Jabatan Berhubung ICT.
- Mengurus Ceramah dan Cerapan 'Online' Jabatan
- Mengurus dan Menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan
Bil |
Nama |
Jawatan |
Gred |
1 |
Pn Siti Hajar binti Othman |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat |
FA32 (TBK1) |
2 |
Pn Maslinda Binti Said |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kontrak) |
FA29 |
3 |
En Ahmad Hazmin Bin Rose |
Juruteknik Komputer |
FT22(TBK1) |