Almanak Falak ialah sebuah terbitan tahunan berbentuk informasi mengenai bidang-bidang tertentu, dan selalunya disusun megkiut turutan takwim. Tujuan utama Almanak Falak (AF) diterbitkan ialah untuk menyediakan data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan kalendar, waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah hilal.
Keseluruhan data-data Almanak Falak (AF) merujuk kepada Waktu Piawai Malaysia (WPM) di mana longitud piawai adalah + 120° T (+ 8 jam timur). Ini akan memudahkan lagi pengambilan data-data untuk hitungan.