TAQWIM HIJRIAH DAN JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA
- Utama
- FALAK DAN SYARIE
- TAQWIM HIJRIAH DAN JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA
Peranan Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Melaka adalah menerbitkan Takwim Hijriah dan Jadual Waktu Solat Harian bagi negeri Melaka. Takwim Hijriah dan Jadual Waktu Solat Harian ini akan diterbitkan setelah perhitungan telah dilaksanakan terlebih dahulu. Jadual waktu solat menggunakan kedudukan Matahari harian sebagai rujukan. Berdasarkan sumber dalil daripada al-Quran dan hadis, waktu solat ini dikaitan dengan kedudukan Matahari yang sepadan.
Ulama fiqah telah menetapkan kedudukan Matahari yantg sepadan dengan merujuk kepada dalil syarak tentang waktu solat yang sering dikemukan dalam kitab fiqah dan ilmu falak. Permulaan waktu-waktu solat menurut sepakat ulama fiqah adalah seperti berikut:
a) Waktu Zohor bermula ketika gelincir Matahari
b) Waktu Asar bermula apabila panjang bayang sama dengan tinggi tiang
c) Waktu Maghrib bermula apabila keseluruhan bulatan Matahari terbenam
d) Waktu Isyak bermula apabila hilang syafaq merah
e) Waktu Subuh bermula apabila terbit fajar sadiq
