
TG.BIDARA, 13 Mei – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Delegasi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Kunjungan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang ini diketuai oleh Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman, Mufti Negeri Pulau Pinang serta beberapa pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
Delegasi ini diberi kesempatan melawat beberapa kemudahan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi seperti Balai Cerap Al-Khawarizmi dan Galeri Interaktif Planetarium Al-Khawarizmi.
Pertemuan dua hala ini membincangkan berkenaan pengurusan dan kaedah caj pengesahan arah kiblat selain mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan.




