APA ITU FATWA?
- Utama
- FATWA & BUHUTH
- APA ITU FATWA?
Dari Segi Bahasa :
Definisi Fatwa dari segi bahasa berasaldaripada kalimah afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan berkaitan dengan agama.
Dari Segi Istilah :
Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
-
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya samada secara persendirian atau berkumpulan.
-
Proses memberi jawapan sama ada oleh seseorang Mufti atau secara berjemaah oleh sesebuah Jawatankuasa Fatwa atau Majlis Fatwa.
Dari Segi Perundangan :
Menurut Seksyen 36(9) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, bahawa apa-apa penyataan yang dibuat oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa tidak dikira sebagai fatwa melainkan ianya disiarkan dalam warta.
-
Isu atau masalah yang timbul dalam masyarakat yang belum jelas mengenai hukumnya
-
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerlukan pentarjihan (memilih pendapat yang kuat).
-
Isu-isu yang difatwakan di negara-negara lain yang perlu disesuaikan mengikut keadaan setempat.
-
Isu-isu bersifat nasional atau global yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam.