
PULAU MELAKA, 10 Mei – Majlis Sama’ dan Khatam Sahih al-Bukhari buat julung kali dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Agensi-Agensi Agama Negeri Melaka telah berlangsung dari jam 8 pagi hingga 11.00 malam bertempat di Masjid Selat Negeri Melaka.
Ketokohan Syeikh Dr. Naji Rashid Hasan Al-Arabi yang merupakan seorang Profesor Madya dalam bidang Sunnah dan Ilmu Hadis Universiti Bahrain dan juga Maulana Mansoor selaku Mudir dan tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum yang berpengalaman mengajar dan mengkhatamkan Kitab Sahih al-Bukhari semenjak tahun 2003, telah membimbing para peserta dalam memahami dan menghayati sebahagian daripada hadis yang dinukilkan dalam Sahih al-Bukhari.
Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri turut berkenan menghadiri serta berkesempatan menyampaikan sijil pengkhataman dan pengijazahan sahih Al-Bukhari kepada peserta yang hadir.
Semoga program ini akan dapat menambah lagi koleksi khazanah ilmu hadis berteraskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah di negeri ini.



