
TG.BIDARA, 30 Mac – Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal bagi tahun 1446H/2025M telah diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.
Terdahulu majlis dihadiri Tuan Yang Terutama,Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka yang turut meluangkan masa mencerap anak bulan Syawal.
Jawatankuasa Melihat Rukyah Hilal Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah melakukan cerapan hilal Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada petang Ahad 29 Ramadan 1446H bersamaan 30 Mac 2025M dan telah melaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Syawal 1446H ditetapkan pada Isnin 31 Mac 2025M.




