
AYER KEROH, 22 Mac – Program Bicara Mufti dan Iftar Jamaei sempena Ramadan bersama komuniti Masjid Taman Tasik Utama Ayer Keroh berjaya menghimpunkan seramai 150 orang yang berkumpul bagi menikmati juadah berbuka puasa bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Terdahulu program dimulakan dengan penyampaian sumbangan berbentuk kit makanan yang telah disampaikan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil kepada 10 orang keluarga asnaf.
Seterusnya, program turut diisi dengan Tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka seterusnya memimpin Solat Terawih secara berjemaah.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyempurnakan Program Ihya Ramadan yang telah dilaksanakan oleh pihak Masjid Taman Tasik Utama Ayer Keroh sepanjang bulan Ramadan bagi menyantuni golongan asnaf dan anak-anak yatim.