APA ITU FATWA?

Dari Segi Bahasa :

Definisi Fatwa dari segi bahasa berasaldaripada kalimah afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan berkaitan dengan agama.

Dari Segi Istilah :

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
  1. Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya samada secara persendirian atau berkumpulan.
  2. Proses memberi jawapan sama ada oleh seseorang Mufti atau secara berjemaah oleh sesebuah Jawatankuasa Fatwa atau Majlis Fatwa.

    Dari Segi Perundangan :

    Menurut Seksyen 36(9) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, bahawa apa-apa penyataan yang dibuat oleh Mufti atau Jawatankuasa Fatwa tidak dikira sebagai fatwa melainkan ianya disiarkan dalam warta.

    1. Isu atau masalah yang timbul dalam masyarakat yang belum jelas mengenai hukumnya
    2. Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerlukan pentarjihan (memilih pendapat yang kuat).
    3. Isu-isu yang difatwakan di negara-negara lain yang perlu disesuaikan mengikut keadaan setempat.
    4. Isu-isu bersifat nasional atau global yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

    TOP Skip to content