HUBUNGI KAMI DI : 06 333 3333

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

  • PROFIL
    • LATAR BELAKANG
    • DARI MEJA MUFTI
      • MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA
      • TIMBALAN MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA
    • VISI, MISI & OBJEKTIF
    • PIAGAM PELANGGAN
      • PIAGAM PELANGGAN JABATAN
      • PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    • CARTA ORGANISASI
    • STRUKTUR ORGANISASI
      • FATWA DAN BUHUTH
      • FALAK DAN SYARIE
      • SUMBER MAKLUMAT
      • TEKNOLOGI MAKLUMAT
      • KHIDMAT PENGURUSAN
    • ANUGERAH JABATAN
      • PENSIJILAN ISO
  • PERKHIDMATAN
    • FATWA & BUHUTH
      • APA ITU FATWA?
      • PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
      • CARTA ALIR PROSES PENGELUARAN FATWA RASMI
      • FATWA WARTA
        • AQIDAH
        • SYARIAH
        • MUAMALAT
    • FALAK DAN SYARIE
      • APA ITU FALAK & SYARIE?
      • CERAPAN HILAL BULANAN
        • INFO GRAFIK HILAL
        • DATA-DATA HILAL
        • KEPUTUSAN KENAMPAKAN HILAL
      • DATA RUKYAH
      • ALMANAK FALAK
      • TAQWIM HIJRIAH DAN JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA
  • PUSAT MEDIA
    • DATA SET
      • TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA
    • PENERBITAN
      • BULETIN TAHUNAN
      • ALMANAK FALAK
      • BROSUR DAN RISALAH
      • KALENDAR HIJRAH
    • GALERI VIDEO
    • GALERI GAMBAR
    • KOLEKSI MUAT-TURUN
  • E-PERKHIDMATAN
    • SISTEM HRMIS
    • SISTEM ADUAN AWAM MELAKA
    • SISTEM ADUAN MUFTI (e-TASAULAT)
    • APLIKASI JAKIM TOUCH (APPS)
  • MAKLUMBALAS
    • ADUAN / MAKLUMBALAS
    • KEBEBASAN MAKLUMAT
  • HUBUNGI KAMI
    • PETA LOKASI
    • PEGAWAI INTEGRITI
    • DIREKTORI KAKITANGAN
    • KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

Kunjungan Hormat YB Datuk Mohd Noor Helmy

Wednesday, 03 December 2025 by MASLINDA
6176804704646531963

BUKIT PALAH, 3 Disember – YB Datuk Mohd Noor Helmy hari ini telah mengadakan kunjungan hormat di dalam satu pertemuan bersama Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Sesi yang berlangsung pada jam 9.00 pagi itu diadakan di Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan pelbagai peluang kerjasama antara Pejabat Mufti Negeri Melaka dan Japerun DUN Duyong, khususnya melibatkan program-program berbentuk keagamaan, kemasyarakatan serta pembangunan modal insan.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan kefahaman agama dalam kalangan masyarakat setempat melalui program yang lebih tersusun dan berimpak tinggi. Perbincangan turut menjurus kepada pelaksanaan program bersama yang memberi manfaat kepada komuniti DUN Duyong dan negeri secara amnya.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Diskusi Fatwa & Penyerahan Tauliah Agama dan Al-Quran bagi Tahun 2025

Thursday, 27 November 2025 by MASLINDA
6158741055747066662

MELAKA TENGAH, 27 November  – Majlis Diskusi Fatwa & Penyerahan Tauliah Agama dan Al-Quran bagi Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada petang Khamis bertempat di Grand Swiss-Bell Hotel, Melaka. Program yang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.30 petang itu berjaya menghimpunkan para pendakwah, asatizah serta pegawai agama dari seluruh negeri.

Majlis ini menampilkan penceramah jemputan, Ustaz Haji Ahmad Fahin bin Robani, yang membawakan ceramah bertajuk “Adab & Hikmah Dalam Penyampaian Ilmu dan Dakwah”. Beliau menekankan kepentingan akhlak, kesantunan dan kebijaksanaan sebagai teras penyampaian ilmu agar dakwah dapat diterima dengan lebih berkesan oleh masyarakat.

Acara kemuncak majlis ialah penyampaian tauliah agama yang disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Seramai 40 penerima telah dianugerahkan tauliah bagi melayakkan mereka menjalankan tugas penyampaian ilmu agama dan pengajaran Al-Quran di negeri Melaka.

Program ini bukan sahaja menjadi platform ilmiah, malah berfungsi sebagai pengiktirafan rasmi kepada para pendakwah dan pengajar agama yang layak, sejajar dengan hasrat Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memperkukuh penyebaran ilmu secara beretika dan bermanfaat kepada masyarakat.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Penyerahan Sijil Penandaan Arah Kiblat di Birkin Hotel, Melaka

Friday, 21 November 2025 by MASLINDA
6134063612478295321

KLEBANG, 21 November  — Jabatan Mufti Negeri Melaka meneruskan komitmen dalam memastikan ketepatan arah kiblat di premis-premis awam dengan menganjurkan Majlis Penyerahan Sijil Penandaan Arah Kiblat bertempat di Birkin Hotel, Melaka.

Majlis bermula dengan aktiviti cerapan Jamadilakhir 1447H dilaksanakan di balkoni suite, aras 37 yang menghadap ufuk Barat Hotel. Aktiviti cerapan ini bertujuan memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan mencerap hilal serta mendedahkan kpd mereka tentang proses kerja untuk mencerap hilal menggunakan perlatan teleskop dan alatukur bagi memastikan Takwim Hijri yang dihisab menepati Kriteria Imkan al-Rukyah semasa.

Selain itu, pihak Jabatan Mufti telah berjaya membuat semakan dan tandaan arah kiblat di 579 bilik menggunakan kaedah bayang matahari dan alatukur moden Total Station di setiap sudut bangunan hotel. Ini menjadikan Birkin International Hotel sebagai sebuah hotel yang mesra Muslim dan orang awam.

Majlis disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, yang juga menyerahkan Sijil Penandaan Arah Kiblat kepada pihak pengurusan Birkin Hotel sebagai pengiktirafan rasmi bahawa premis berkenaan telah melaksanakan sepenuhnya semakan dan tandaan arah kiblat.

Ini dilihat penting dalam meningkatkan keselesaan dan keyakinan pelancong Muslim yang menginap di hotel tersebut.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti : “Masjid Makmur, Ummah Sejahtera”

Wednesday, 05 November 2025 by MASLINDA
6080313462568455396

DURIAN TUNGGAL, 5 November – Program Forum Bicara Mufti Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Durian Tunggal telah berlangsung meriah di Masjid Ar Rahmah, Kampung Pancor, bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Forum bertemakan “Masjid Makmur, Ummah Sejahtera” itu turut dihadiri oleh YB Datuk Zahari Abd Kalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh peranan masjid dalam membina masyarakat Islam yang sejahtera.

Program menampilkan dua panel jemputan iaitu Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Haji Hairul Amin bin Madon, Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka dengan Ustaz Muhammad Azheem Ikmal bin Nor Azmi, Pembantu Hal Ehwal Islam Agama Jabatan Mufti Negeri Melaka sebagai moderator. Para panelis menekankan kepentingan memakmurkan masjid sebagai pusat ilmu, perpaduan dan kebajikan ummah.

Dalam majlis tersebut, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin turut menyampaikan sumbangan kit makanan kepada beberapa penerima yang memerlukan, sebagai simbol keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin, institusi masjid dan masyarakat setempat selaras dengan konsep Wakil Rakyat Untuk Rakyat.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti : “Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah, Benteng Daripada Kesesatan”

Friday, 17 October 2025 by MASLINDA
6057487047125044220

𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐑𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈, 17 Oktober – Sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H, Masjid Ar Rahmah,Taman Bukit Rambai telah menganjurkan Program Forum Bicara Mufti yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program yang bermula pada jam 6.00 petang hingga 11.00 malam itu menampilkan dua tokoh ilmuwan tersohor iaitu Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Prof. Madya Dr. Hafiz bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka sebagai panel forum, manakala sesi dikendalikan oleh Ustaz Rosmanizam bin Rosdi selaku moderator.

Dengan tajuk forum “Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah, Benteng Daripada Kesesatan”, para panelis menekankan kepentingan memahami serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah sebagai asas kepada kesejahteraan ummah dan keteguhan aqidah umat Islam.

Dalam forum tersebut, para hadirin turut diberi pencerahan berhubung cabaran akidah masa kini serta kepentingan menangkis fahaman songsang yang boleh menggugat perpaduan umat. Suasana majlis menjadi lebih bermakna apabila para peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung bersama panel bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu semasa agama.

Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga masjid, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin turut berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa mantan pegawai syarak masjid yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Inisiatif ini mencerminkan semangat kepedulian dan ukhuwah Islamiah yang digalakkan oleh ajaran Nabi Muhammad SAW.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti : “Harta Dunia, Bekalan Akhirat: Indahnya Amalan Berwakaf”

Sunday, 05 October 2025 by MASLINDA
bicara mufti

DURIAN TUNGGAL, 5 Oktober – Masjid Ihsanuddin Kampung Gangsa Baru diserikan dengan kehadiran ratusan jemaah yang membanjiri ruang masjid bagi menyertai Program Bicara Mufti, sebuah program ilmiah yang berlangsung penuh penghayatan dan sarat dengan pengisian rohani. Majlis ini menjadi medan pertemuan ilmu dan ukhuwah, menjadikan program ini begitu bermakna dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bertemakan “Harta Dunia, Bekalan Akhirat: Indahnya Amalan Berwakaf”, forum ini dianjurkan bertujuan menyemarakkan sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui pengisian ilmiah yang mengupas peranan wakaf sebagai salah satu amalan jariah yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.

Program berbentuk forum bual bicara ini menampilkan barisan panel terkemuka iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Haji Hairul Amin bin Madon, Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka. Sesi forum telah dikendalikan oleh Ustaz Shahrir Asyraf Bin Haji Azmi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Melaka selaku moderator.

Dalam forum tersebut, para panel membicarakan keindahan dan kelebihan amalan berwakaf, bukan sahaja sebagai ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, tetapi juga sebagai satu bentuk pelaburan akhirat yang berpanjangan. Mereka menekankan bahawa wakaf mampu memberi impak besar dalam aspek pembangunan ummah, termasuk dalam bidang pendidikan, kebajikan, dan kesihatan.

Sebagai simbol keprihatinan dan semangat Maulidur Rasul, beliau juga berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa orang mantan pegawai syarak Masjid Ihsanuddin Kampung Gangsa Baru yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban dan menyuntik semangat kepada penerima untuk terus tabah menghadapi ujian.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti : “Meneladani Akhlak Rasulullah SAW Dalam Membina Perpaduan”

Saturday, 04 October 2025 by MASLINDA
bicaramuftitgkling

TG.KLING,  4 Oktober – Sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M, Masjid At-Taqwa, Bukit Darat, Tanjung Kling telah menjadi lokasi penganjuran Program  Bicara Mufti yang berlangsung pada hari Sabtu  bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Forum yang bertemakan “Meneladani Akhlak Rasulullah SAW Dalam Membina Perpaduan” ini bertujuan memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap peranan akhlak Nabi Muhammad SAW sebagai asas kepada perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

Program istimewa ini menampilkan dua tokoh ilmuan terkemuka iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Datuk Haji Rahimin bin Bani, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka sebagai panel forum. Sesi perbincangan dikendalikan oleh Ustaz Rosmanizam bin Rosdi selaku moderator, yang berjaya menghidupkan suasana dengan kupasan yang mendalam serta interaktif bersama para hadirin.

Selain forum ilmiah, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyampaikan sumbangan berupa kit makanan kepada beberapa ahli qariah yang diuji dengan masalah kesihatan di kampung berhampiran. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, selari dengan semangat kasih sayang dan kebajikan yang diteladani daripada Rasulullah SAW.

Para pengunjung yang hadir memenuhi ruang masjid memberikan sambutan hangat dan menunjukkan minat mendalam terhadap kupasan isu-isu semasa berkaitan perpaduan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan  berasaskan sunnah Rasulullah SAW.

Program ini bukan sahaja mengangkat nilai-nilai keislaman, malah berjaya menyatukan masyarakat setempat dalam suasana penuh harmoni dan keinsafan sempena bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti : “Bersatu Hati, Membina Ummah: Teladan Dari Sirah Nabawiyyah”

Friday, 03 October 2025 by MASLINDA
bicaramuftiduriantunggal

DURIAN TUNGGAL, 2 Oktober – Program Bicara Ilmu Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Ar Rahman, Parit Melana, malam tadi. Program yang bertemakan “Bersatu Hati, Membina Ummah: Teladan Dari Sirah Nabawiyyah” itu berjaya menarik kehadiran jemaah yang merupakan penduduk kampung berhampiran.

Forum yang bermula pada jam 6.00 petang hingga 11.00 malam itu menampilkan dua tokoh ilmuwan terkenal sebagai panel, iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Sesi forum telah dikendalikan dengan penuh berhemah oleh Ustaz Muhammad Azheem Ikmal Bin Nor Azmi, Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.

Dalam forum tersebut, para panelis menyentuh pelbagai aspek penting daripada sirah Nabi Muhammad SAW yang dapat dijadikan panduan dalam usaha memperkukuhkan perpaduan ummah. Penekanan diberikan kepada nilai kasih sayang, tolak ansur, dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sepanjang perjuangan baginda dalam membina masyarakat Islam yang utuh dan berdaya tahan.

Menambahkan lagi makna dalam program ini, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa penduduk yang memerlukan di kawasan sekitar Masjid Ar Rahman. Inisiatif ini mencerminkan semangat kepedulian sosial yang selari dengan ajaran Islam dan nilai-nilai murni yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Para hadirin turut diberi peluang mengajukan soalan kepada panelis dalam sesi soal jawab yang berlangsung secara interaktif dan penuh ilmiah. Program ini bukan sahaja memberi pencerahan kepada jemaah, malah turut menyemarakkan semangat cintakan Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat setempat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Zahari bin Abd Khalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal yang turut meluangkan masa bersama penduduk setempat bagi memeriahkan lagi program ilmu ini.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti : “Rasulullah Ikon Kepimpinan Sepanjang Zaman”,

Wednesday, 17 September 2025 by MASLINDA

PENG.BATU, 17 September – Sempena sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 2025 Masihi bersamaan 1447 Hijrah ini, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti bertemakan “Rasulullah Ikon Kepimpinan Sepanjang Zaman”, bertempat di Masjid Nur As Saadah, Pengkalan Batu, Melaka.

Program yang berbentuk forum bual bicara itu menampilkan dua tokoh ilmuwan terkemuka iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, dan Dr Wan Ann Seng,  Pendakwah. Turut mengemudi sesi sebagai moderator ialah Ustaz Muhammad Azheem Ikmal bin Nor Azmee, Pembantu Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Forum yang berlangsung dalam suasana penuh keinsafan dan penghayatan itu berjaya menarik perhatian para jemaah dengan kupasan mendalam mengenai sifat kepimpinan Rasulullah SAW yang relevan sepanjang zaman, serta bagaimana ia boleh dijadikan panduan oleh segenap lapisan  masyarakat masa kini.

Selain pengisian ilmu, program ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan berbemtuk kit makanan oleh Datuk Wira Mufti kepada beberapa keluarga yang diuji dengan masalah kesihatan, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada golongan yang memerlukan.

Program ini bukan sahaja dapat memperkukuh semangat cintakan Rasulullah SAW, malah menjadi wadah mempererat hubungan antara institusi agama dan masyarakat setempat.

Turut hadir Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali mengimarahkan majlis ilmu berkenaan.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bilangan 4 bagi Tahun 2025

Sunday, 03 August 2025 by MASLINDA
photo_6098355413289387174_y

SENAI, 3 Ogos  – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah  mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bilangan 4 bagi Tahun 2025 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 1 hingga 3 Ogos 2025 bertempat di Impiana Hotel Senai, Johor Bahru.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, dengan kehadiran penuh oleh barisan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuwan, ahli akademik dan agamawan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu berkenaan hukum yang berbangkit dalam masyarakat Islam di Negeri Melaka, termasuklah cadangan fatwa baharu, penilaian terhadap perkembangan semasa serta semakan terhadap fatwa-fatwa sedia ada. Kesemua perbincangan dijalankan secara teliti dan berasaskan disiplin ilmu yang mantap, berpandukan prinsip Maqasid Syariah serta keperluan semasa umat Islam.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Categories

  • AKTIVITI
  • PENGUMUMAN
  • Uncategorized

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A,
Pusat Islam Melaka,
75400 Jalan Bukit Palah,
Melaka

T +606-2847920 / 21

Email: [email protected]
Open in Google Maps

Koordinat :
Latitude : 2.2163512804327006
Longitude : 102.2660765157354

200660
mvcvisit Hari Ini : 244
mvcyesterday Semalam : 505
mvcmonth Bulan Ini : 7731
mvcyear Tahun Ini : 49942
mvctotal Jumlah Pelawat : 200660
mvconline Dalam Talian : 6


Kemaskini terakhir: 12 August 2025

  • Soalan Lazim
  • Sitemap
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan

© 2025 Hakcipta Terpelihara. Jabatan Mufti Negeri Melaka.

TOP
MyGov Portal

Dasar Privasi

Bilangan Ketibaan Pelancong Mengikut Negara