Kunjung Hormat Ketua Pengarah JAKIM
PUTRAJAYA, 22 Jan – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kunjungan hormat ini adalah sempena pelantikan Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024 bersamaan 27 Rabiulawal 1446 Hijrah serta membincangkan kerjasama dua hala berkaitan program yang boleh dilaksanakan bersama.





![]()
- Published in AKTIVITI
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat
KUALA SG. BARU,17 Jan – Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ADUN Kuala Linggi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyampaikan tazkirah bertajuk “ Israk & Mikraj” di Masjid Al-Fattah, Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru.
Dalam pada itu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut menyampaikan khutbah bertajuk “Saham Akhirat, Membawa Berkat” serta memimpin solat Jumaat secara berjemaah.





![]()
- Published in AKTIVITI
Ibrah Israk & Mikraj
KUALA SG. BARU, 16 Jan – Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan program berbentuk bual bicara Forum Bicara Mufti yang telah diadakan di Masjid Ar-Rafaei, Kampung Ayer Molek, Kuala Sungai Baru.
Melalui tajuk “Ibrah Israk & Mikraj” forum ini telah menampilkan panel hebat seperti Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dr Mohd Nadzli bin Omar, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Melaka selaku moderator.
Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang juga merupakan ADUN Kuala Linggi bersama penduduk Kampung Ayer Molek mengimarahkan forum yang mengupas berkenaan kelebihan bulan Rejab dan peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk & Mikraj.





![]()
- Published in AKTIVITI
Kunjungan Hormat & Lawatan Kerja Dari Malaysian Space Agency (MYSA), Planetarium Negara dan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) Negeri Melaka
TG.BIDARA, 7 Jan – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini menyambut mesra Kunjungan Hormat & Lawatan Kerja dari YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, En.Mohd Zamri Shah bin Mastor, Ketua Pengarah Planetarium Negara dan Ketua ICT Negeri Melaka, En Fauzi bin Elham di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan serta bantuan teknikal dalam usaha Jabatan Mufti Negeri Melaka menaiktaraf planetarium sedia ada. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi impak besar kepada Planetarium Al-Khawarizmi yang merupakan sebuah pusat pelancongan astronomi di Negeri Melaka.peristiwa Israk & Mikraj.





![]()
- Published in AKTIVITI
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4
AYER KEROH, 5 Dis – Telah bersidang Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4 yang telah diadakan di Hotel Ames,Ayer Keroh Melaka.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang menjadi medium perbincangan dan penyelidikan terhadap perkara-perkara yang memerlukan penjelasan hukum, seperti isu-isu perundangan, ekonomi, sosial, atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam khususnya di Melaka.





![]()
- Published in AKTIVITI
Kunjung Hormat dari Al-Fadhil Al Habib Hassan Al-Attas, Imam Besar Masjid Ba’alwie Singapura
BUKIT PALAH,30 Nov – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Al-Fadhil Al Habib Hassan Al-Attas, Imam Besar Masjid Ba’alwie Singapura bertempat di Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Melaka. Kunjungan hormat ini bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan .





![]()
- Published in AKTIVITI
Program Bicara Mufti di Masjid An-Nur, Melekek Dalam
ALOR GAJAH, 30 November – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah mengadakan Program Bicara Mufti bertempat di Masjid An-Nur, Melekek Dalam.
Program bual bicara berbentuk forum ini telah menggandingkan dua orang tokoh hebat seperti Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Tuan Haji Amran bin Awaludin , Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Ustaz Haji Muhammad Khidir bin Bahri, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.
Forum bual bicara ini menjadi medium Jabatan Mufti Negeri Melaka menyalurkan maklumat berkenaan Isu-Isu Kefatwaan Semasa serta menerangkan kepada orang awam berkaitan fatwa-fatwa yang telah diwartakan di dalam Negeri Melaka khususnya berkenaan akidah selaras dengan tajuk forum kali ini “Memperteguh Akidah, Memperkasa Syariah”.
Dalam pada itu, YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang juga ADUN Taboh Naning turut hadir dan telah menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa orang warga emas di dalam kariah masjid berkenaan.





![]()
- Published in AKTIVITI
Lawatan Kunjung Hormat Bersama Sheikh Aminuddin Bin Abdul Rahim, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Ke Jabatan Mufti Melaka Tahun 2024
BUKIT PALAH, 18 Oktober – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menerima lawatan kunjung hormat dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bersama PEKDIS Cawangan Melaka bersama Sheikh Aminuddin bin Abdul Rahim, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka pagi tadi.
![]()
- Published in AKTIVITI
Seminar Pendidikan Fatwa Kontemporari
AYER KEROH, 14 Oktober – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Kontemporari yang telah berlangsung di Grandballroom MiTC, Melaka.
Seminar ini menjadi medium perbincangan isu-isu semasa bertujuan memberi pendedahan mengenai isu-isu kontemporari berkaitan hukum fatwa sebagai panduan dan tujukan masyarakat Islam. Antaranya berkaitan Fatwa-Fatwa Semasa Dalam Memelihara Keutuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ancaman Fahaman dan Ajaran Sesat Terhadap Negara dan Isu Pemakanan dan Bioteknologi.
Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian dan Hal Ehwal Agama. Dalam pada itu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengiringi YB Datuk Rahmad bin Mariman melancarkan Projek Inovasi Menaiktaraf Pelan Persempadanan Kariah Masjid Seluruh Negeri Melaka Tahun 2024 dan telah menyampaikan pelan persempadanan kariah berkenaan kepada 6 masjid di Negeri Melaka.
![]()
- Published in AKTIVITI
Kunjungan Hormat Mahkamah Syariah Negeri Melaka
BUKIT PALAH, 10 Oktober – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka menerima kunjungan hormat dari Yang Amat Arif Tuan Haji Azzeman Bin Haji Omar, Ketua Hakim Syarie yang baharu bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Pertemuan dua hala ini dalam pada sama turut menyatakan kesediaan & komitmen untuk terus memperkukuh hubungan baik antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Mahkamah Syariah Negeri Melaka khususnya dalam bidang Perundangan Syariah serta Isu-Isu Kefatwaan.
Bagi pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka dan seluruh warga kerja di Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Arif Tuan Haji Azzeman Bin Haji Omar serta selamat menabur khidmat bakti kepada negeri dan rakyat Negeri Melaka.
![]()
- Published in AKTIVITI










