
ALAI, 13 April – Kira-kira lebih 1000 orang pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di Masjid Assolihin,Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.
Ketibaan Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman pada jam 11.30 pagi memeriahkan majlis berkenaan.
Pada majlis berkenaan, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang hadir.
Terdapat beberapa khemah makanan dibuka dengan pelbagai juadah tradisional termasuk ketupat, putu piring, rendang, roti canai dan pelbagai lagi.




