BUKIT PALAH, 5 Februari – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Arah Kiblat bagi Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam Melaka, Aras 2, Bangunan Pusat Islam, Melaka.
Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Isa bin Abdullah, Ketua Bahagian Falak & Syarie, yang telah menyampaikan sijil arah kiblat kepada pemohon yang terdiri dari rumah persendirian serta premis kerajaan dan swasta yang telah selesai menjalani kerja-kerja penandaan arah kiblat bagi tahun 2025.
Penyampaian sijil ini merupakan pengiktirafan rasmi kepada premis-premis yang telah melalui proses semakan dan pengesahan arah kiblat mengikut garis panduan serta kaedah falak syarie yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memastikan ketepatan arah kiblat di premis persendirian serta bangunan kerajaan dan swasta, sekali gus membantu umat Islam melaksanakan ibadah solat dengan lebih yakin.




![]()



