HUBUNGI KAMI DI : 06 333 3333

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

  • PROFIL
    • LATAR BELAKANG
    • VISI, MISI & OBJEKTIF
    • PIAGAM PELANGGAN
      • PIAGAM PELANGGAN JABATAN
      • PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    • CARTA ORGANISASI
    • STRUKTUR ORGANISASI
      • FATWA DAN BUHUTH
      • FALAK DAN SYARIE
      • SUMBER MAKLUMAT
      • TEKNOLOGI MAKLUMAT
      • KHIDMAT PENGURUSAN
    • ANUGERAH JABATAN
      • PENSIJILAN ISO
  • PERKHIDMATAN
    • FATWA & BUHUTH
      • APA ITU FATWA?
      • PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
      • CARTA ALIR PROSES PENGELUARAN FATWA RASMI
      • FATWA WARTA
        • AQIDAH
        • SYARIAH
        • MUAMALAT
    • FALAK DAN SYARIE
      • APA ITU FALAK & SYARIE?
      • CERAPAN HILAL BULANAN
        • INFO GRAFIK HILAL
        • DATA-DATA HILAL
        • KEPUTUSAN KENAMPAKAN HILAL
      • DATA RUKYAH
      • ALMANAK FALAK
      • TAQWIM HIJRIAH DAN JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA
  • PUSAT MEDIA
    • DATA SET
      • TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA
    • PENERBITAN
      • BULETIN TAHUNAN
      • ALMANAK FALAK
      • BROSUR DAN RISALAH
      • KALENDAR HIJRAH
    • GALERI VIDEO
    • GALERI GAMBAR
    • KOLEKSI MUAT-TURUN
  • E-PERKHIDMATAN
    • SISTEM HRMIS
    • SISTEM ADUAN AWAM MELAKA
    • SISTEM ADUAN MUFTI (e-TASAULAT)
    • APLIKASI JAKIM TOUCH (APPS)
  • MAKLUMBALAS
    • ADUAN / MAKLUMBALAS
    • KEBEBASAN MAKLUMAT
  • HUBUNGI KAMI
    • PETA LOKASI
    • PEGAWAI INTEGRITI
    • DIREKTORI KAKITANGAN
    • KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

Kunjungan Hormat Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ke Jabatan Mufti Negeri Melaka

Wednesday, 26 November 2025 by AdminMufti
image

TG.BIDARA, 25 November โ€“ ACP Noor Imran bin Abdul Rahman, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka yang baharu dilantik telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi memperkenalkan diri secara rasmi serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.

Kunjungan tersebut disambut oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama barisan pegawai jabatan. Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh profesionalisme, melibatkan perbincangan mengenai beberapa isu semasa termasuk keselamatan negeri, keharmonian masyarakat, serta peranan institusi agama dalam memupuk kestabilan sosial.

Menurut Ketua Cawangan Khas IPK Melaka, lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam menangani cabaran keselamatan yang berkaitan dengan sensitiviti agama serta memastikan usaha pencegahan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Kunjungan berakhir dengan sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderamata sebagai simbol hubungan kerja yang terus terjalin kukuh antara kedua-dua pihak.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Forum Bicara Mufti Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Durian Tunggal

Wednesday, 12 November 2025 by AdminMufti

DURIAN TUNGGAL, 5 November โ€“ Program Forum Bicara Mufti Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Durian Tunggal telah berlangsung meriah di Masjid Ar Rahmah, Kampung Pancor, bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Forum bertemakan โ€œMasjid Makmur, Ummah Sejahteraโ€ itu turut dihadiri oleh YB Datuk Zahari Abd Kalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh peranan masjid dalam membina masyarakat Islam yang sejahtera.

Program menampilkan dua panel jemputan iaitu Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Tuan Haji Hairul Amin bin Madon, Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka dengan Ustaz Muhammad Azheem Ikmal bin Nor Azmi, Pembantu Hal Ehwal Islam Agama Jabatan Mufti Negeri Melaka sebagai moderator. Para panelis menekankan kepentingan memakmurkan masjid sebagai pusat ilmu, perpaduan dan kebajikan ummah.

Dalam majlis tersebut, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin turut menyampaikan sumbangan kit makanan kepada beberapa penerima yang memerlukan, sebagai simbol keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin, institusi masjid dan masyarakat setempat selaras dengan konsep Wakil Rakyat Untuk Rakyat.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Lawatan Sambil Belajar Sek. Keb. Paya Kemunting, Kedah Ke Kompleks Al-Khawarizmi

Tuesday, 11 November 2025 by AdminMufti

Melaka, 11 November 2025 โ€“ Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menerima kunjungan seramai 44 orang pelajar dan guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Kedah bagi mengikuti aktiviti cerapan langit malam.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai ilmu falak dan kaedah cerapan objek langit menggunakan peralatan teleskop moden yang terdapat di kompleks tersebut. Para peserta berpeluang menyaksikan sendiri fenomena langit seperti bulan, planet, dan bintang sambil diberi penerangan oleh pegawai falak bertugas.

Program sebegini diharap dapat menanam minat pelajar terhadap bidang sains dan astronomi Islam, di samping memperkukuh kefahaman tentang kebesaran ciptaan Allah SWT melalui pemerhatian alam semesta.

Jabatan Mufti Negeri Melaka terus komited menjadikan Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebagai pusat rujukan ilmu falak dan destinasi pendidikan astronomi Islam di peringkat kebangsaan.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kunjungan hormat daripada delegasi Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

Friday, 17 October 2025 by AdminMufti

BUKIT PALAH, 10 Oktober  โ€“ Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Mufti Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim serta mempererat kerjasama antara kedua-dua jabatan dalam pelbagai aspek, khususnya dalam bidang fatwa, penyelidikan dan pembangunan ilmu falak serta pemerkasaan pendidikan kefatwaan.

Delegasi disambut mesra oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Melaka. Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka diikuti dengan sesi taklimat ringkas berkenaan struktur organisasi, fungsi serta inisiatif semasa yang dilaksanakan oleh jabatan.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah peluang kerjasama dalam pembangunan modul latihan fatwa, pertukaran kepakaran dalam penyelidikan ilmiah Islam serta perkongsian teknologi dan data dalam bidang falak syarie..

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan kenangan antara kedua-dua pihak.

Jabatan Mufti Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang terjalin akan terus memberi manfaat kepada perkembangan institusi kefatwaan dan umat Islam secara amnya.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Seminar Pendidikan Fatwa Serantau Peringkat Negeri Melaka 2025M/1447H

Tuesday, 14 October 2025 by AdminMufti

MELAKA, 14 Oktober 2025 โ€“ Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Serantau Peringkat Negeri Melaka 2025M/1447H bertempat di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka. Program ini diadakan bagi memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap institusi fatwa serta memperluas jaringan kerjasama antara negeri-negeri dan agensi Islam di rantau ini.

Seminar yang menghimpunkan para ilmuan agama, pegawai hal ehwal agama, ahli akademik serta pelajar pengajian Islam ini menampilkan beberapa pembentangan ilmiah berkaitan isu-isu semasa hukum dan kaedah penyampaian fatwa dalam era digital.

Melalui penganjuran ini, Jabatan Mufti Negeri Melaka akan terus komited menjadi platform ilmu yang menyatukan pandangan ulama serantau serta mengukuhkan kedudukan institusi fatwa sebagai rujukan utama umat Islam di negeri ini.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail Ke Arah Pelaksanaan DDMS 2.0

Thursday, 09 October 2025 by AdminMufti

MELAKA, 8 Oktober 2025 – Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail ke Arah Pelaksanaan DDMS 2.0 ini bagi menyelaras serta memperkemaskan pengurusan rekod dan dokumen rasmi jabatan. Melalui bengkel ini, peserta diberi pendedahan dan panduan untuk membangunkan struktur klasifikasi fail yang sistematik, seragam dan menepati fungsi serta tanggungjawab jabatan masing-masing. Usaha ini merupakan langkah persediaan ke arah pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS) 2.0, iaitu sistem pengurusan dokumen digital yang dibangunkan oleh JDN bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan maklumat kerajaan.

Selain itu, bengkel ini turut bertujuan memastikan jabatan mematuhi piawaian dan tatacara yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) dalam pengurusan rekod awam, di samping membantu peserta membezakan antara fail fungsian dan fail am secara teratur. Penganjuran bengkel ini juga menjadi platform penyelarasan antara bahagian dan unit supaya wujud keseragaman dalam penggunaan, penamaan serta penyimpanan fail sama ada dalam bentuk fizikal atau digital.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berperanan penting dalam memperkukuh tadbir urus maklumat jabatan melalui pembangunan klasifikasi fail yang mantap, selaras dengan usaha transformasi pendigitalan pengurusan dokumen kerajaan menerusi pelaksanaan DDMS 2.0

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

๐elaksanaan Bacaan Doa Qunut Nazilah

Friday, 03 October 2025 by AdminMufti

Diseru kepada semua masjid dan surau di Negeri Melaka supaya melaksanakan bacaan Doa Qunut Nazilah. Seruan ini bertujuan agar kita bersama-sama memohon ke hadrat Allah SWT supaya dikurniakan keselamatan, perlindungan serta kejayaan kepada Pasukan Global Sumud Flotilla dalam misi kemanusiaan yang sedang dijalankan.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽุฅูู†ู ุงุณู’ุชูŽู†ู’ุตูŽุฑููˆูƒูู…ู’ ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ู†ูŽู‘ุตู’ุฑู

Maksudnya: โ€œDan jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan membela) agama, maka wajiblah kamu memberikan pertolongan.โ€ (Surah al-Anfฤl: 72)

Sabda Rasulullah SAW:

ยซู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูููŠ ุชูŽูˆูŽุงุฏูู‘ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุฑูŽุงุญูู…ูู‡ูู…ู’ ูˆูŽุชูŽุนูŽุงุทูููู‡ูู…ู’ ู…ูŽุซูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏูุŒ ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽูƒูŽู‰ ู…ูู†ู’ู‡ู ุนูุถู’ูˆูŒ ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ู„ูŽู‡ู ุณูŽุงุฆูุฑู ุงู„ู’ุฌูŽุณูŽุฏู ุจูุงู„ุณูŽู‘ู‡ูŽุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุญูู…ูŽู‘ู‰ยป

Maksudnya: โ€œPerumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, belas kasihan dan simpati mereka adalah seperti satu tubuh; apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga malam dan demam.โ€ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga usaha dan doa kita diterima Allah SWT serta menjadi tanda kebersamaan umat Islam dalam menegakkan keadilan dan keamanan sejagat.

Loading

Read more
  • Published in Uncategorized
No Comments

Forum Bicara Mufti : Bertemakan “Membina Keluarga Bahagia Mengikut Sunnah” di Masjid As-Syakirin, Sungai Rambai, Melaka

Wednesday, 24 September 2025 by AdminMufti

SG RAMBAI, 20 September โ€“ Sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1447 H, Masjid As-Syakirin Sungai Rambai telah menjadi lokasi penganjuran Forum Bicara Mufti, satu program ilmiah yang mendapat sambutan dikalangan masyarakat setempat.

Bertemakan “Membina Keluarga Bahagia Mengikut Sunnah”, forum ini bertujuan memberi pencerahan tentang peranan dan tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. Forum kali ini menampilkan dua panelis tersohor iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, dan Prof Madya Dr Muhammad Hafiz bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dengan sesi dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Azheem Ikmal bin Nor Azmi, Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator.

Para panelis telah menyampaikan kupasan yang mendalam mengenai konsep kebahagiaan rumahtangga dalam Islam, dengan menekankan kepentingan komunikasi, kasih sayang, dan teladan Rasulullah SAW dalam memimpin keluarga.

Lebih istimewa, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut meluangkan masa pada sebelah petang sebelum forum untuk menziarahi beberapa keluarga di kampung berhampiran yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Dalam kunjungan tersebut, beliau menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan asas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka yang memerlukan.

Kehadiran para jemaah yang memenuhi ruang solat utama masjid jelas membuktikan minat dan komitmen masyarakat dalam menimba ilmu serta mendekatkan diri kepada nilai-nilai Islam. Sesi forum turut diserikan dengan sesi soal jawab interaktif yang memberikan peluang kepada para hadirin untuk mengajukan persoalan secara langsung kepada panelis.

Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan untuk memperkukuh kefahaman agama dan membina masyarakat yang harmoni berasaskan ajaran Islam yang syumul.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Forum Bicara Mufti bertemakan “Menghidupkan Sunnah, Menyuburkan Cinta”, bertempat di Masjid Raudhatul Solihin, Ayer Limau, Masjid Tanah.

Wednesday, 24 September 2025 by AdminMufti

AYER LIMAU, 19 September โ€“ Sempena sambutan Maulidur Rasul 1447 Hijrah, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Forum Bicara Mufti bertemakan “Menghidupkan Sunnah, Menyuburkan Cinta”, bertempat di Masjid Raudhatul Solihin, Ayer Limau, Masjid Tanah.

Program dimulakan lebih awal dengan sesi Ziarah Kasih pada jam 6.30 petang, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyantuni beberapa keluarga di kawasan sekitar yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Inisiatif ini menggambarkan nilai empati dan kasih sayang yang selari dengan ajaran Rasulullah SAW.

Forum ilmiah ini menampilkan dua tokoh hebat sebagai panel iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Dr Mohamad Nazli bin Omar, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka serta Ustaz Muhammad Azheem Ikmal bin Nor Azmee, Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka turut memainkan peranan sebagai moderator yang mengemudi forum dengan lancar dan penuh hikmah.

Penganjuran forum ini bukan sahaja berperanan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah turut menjadi platform mendidik masyarakat tentang kepentingan menghidupkan sunnah dan menzahirkan cinta yang tulus kepada Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Tahun 2025

Wednesday, 10 September 2025 by AdminMufti

BUKIT PALAH, 8 September โ€“ Fenomena Gerhana Bulan Penuh Tahun 2025 yang berlaku pada jam 1.31 pagi sehingga fasa gerhana tamat pada 3.56 pagi telah disambut meriah oleh masyarakat setempat dalam satu program khas yang dianjurkan oleh Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Dataran Al Azim.

Program yang berlangsung dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi ini menarik kehadiran kira-kira 200 orang pelajar, selain pengunjung umum yang turut sama ingin menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT ini secara langsung.

Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang juga berkesempatan hadir memberi sokongan terhadap usaha memperkasa ilmu falak dan kesedaran astronomi dalam kalangan masyarakat.

Antara pengisian utama program adalah aktiviti mencerap Gerhana Bulan Penuh, diikuti dengan Solat Sunat Khusuf dan Khutbah Gerhana yang telah dipimpin oleh Datuk Mohammad bin Hashim, Imam Besar Masjid Al-Azim

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Categories

  • AKTIVITI
  • PENGUMUMAN
  • Uncategorized

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A,
Pusat Islam Melaka,
75400 Jalan Bukit Palah,
Melaka

T +606-2847920 / 21

Email: [email protected]
Open in Google Maps

Koordinat :
Latitude : 2.2163512804327006
Longitude : 102.2660765157354

228023
mvcvisit Hari Ini : 82
mvcyesterday Semalam : 372
mvcmonth Bulan Ini : 8976
mvcyear Tahun Ini : 77305
mvctotal Jumlah Pelawat : 228023
mvconline Dalam Talian : 2


Kemaskini terakhir: 10 September 2025

  • Soalan Lazim
  • Sitemap
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan

ยฉ 2025 Hakcipta Terpelihara. Jabatan Mufti Negeri Melaka.

TOP
MyGov Portal

Dasar Privasi

Bilangan Ketibaan Pelancong Mengikut Negara