Kunjungan hormat dari Delegasi Maybank Islamic
BUKIT PALAH, 14 April – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka menerima kunjungan hormat dari delegasi Maybank Islamic bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Pertemuan dua hala ini dalam pada sama turut menyatakan kesediaan & komitmen untuk terus memperkukuh hubungan baik antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Maybank Islamic.
Perbincangan dua hala ini membincangkan berkenaan usaha Maybank Islamic untuk bekerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kemudahan kewangan yang disediakan oleh pihak Maybank Islamic, khususnya Pembiayaan Peribadi-I bagi Haji & Umrah.



![]()
- Published in AKTIVITI
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI MELAKA
BUKIT PALAH, 14 April – Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Melaka di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Kunjung hormat ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan serta nasihat mengenai Program Pra Tahfiz TABIKA KEMAS yang sedang dilaksanakan.
Dalam kunjungan hormat ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar pendapat serta membincangkan program yang boleh dijalinkan bersama.
Kunjungan diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata dan bergambar sebagai tanda penghargaan serta permulaan kerjasama yang lebih erat.



![]()
- Published in AKTIVITI
MAKLUMAN – PERMOHONAN ARAH KIBLAT KINI DIBUKA SEMULA
Dimaklumkan bahawa permohonan penentuan arah kiblat melalui Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dibuka semula bermula 14 April 2026. Permohonan boleh dibuat melalui pautan google form disediakan. Sekian, untuk makluman. Terima kasih
![]()
- Published in Uncategorized
Program Bicara Mufti dan Iftar Jamaei sempena Ramadan bersama komuniti Masjid Taman Tasik Utama Ayer Keroh
AYER KEROH, 22 Mac – Program Bicara Mufti dan Iftar Jamaei sempena Ramadan bersama komuniti Masjid Taman Tasik Utama Ayer Keroh berjaya menghimpunkan seramai 150 orang yang berkumpul bagi menikmati juadah berbuka puasa bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Terdahulu program dimulakan dengan penyampaian sumbangan berbentuk kit makanan yang telah disampaikan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil kepada 10 orang keluarga asnaf.
Seterusnya, program turut diisi dengan Tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka seterusnya memimpin Solat Terawih secara berjemaah.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyempurnakan Program Ihya Ramadan yang telah dilaksanakan oleh pihak Masjid Taman Tasik Utama Ayer Keroh sepanjang bulan Ramadan bagi menyantuni golongan asnaf dan anak-anak yatim.
![]()
- Published in AKTIVITI
Program Bicara Mufti dan Iftar Jamaei Sempena Ramadan yang telah diadakan di Masjid Ar Rahman, Kg. Rantau Panjang, Masjid Tanah,Melaka
MASJID TANAH, 20 Mac – Hampir 200 orang jemaah hadir dalam Program Bicara Mufti dan Iftar Jamaei Sempena Ramadan yang telah diadakan di Masjid Ar Rahman, Kg. Rantau Panjang, Masjid Tanah,Melaka.
Terdahulu Program dimulakan dengan forum berkonsepkan bual bicara oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator membincangkan persoalan serta panduan di bulan Ramadan.
Kemudian, seramai 10 orang dikalangan mantan pegawai syarak Masjid Ar Rahman telah menerima sumbangan berbentuk kit makanan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Turut hadir YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana yang juga merupakan ADUN Taboh Naning.
![]()
- Published in AKTIVITI
Majlis Khatam Al-Quran 1446H Sempena Nuzul Al-Quran
DUYONG, 19 Mac – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran 1446H sempena Nuzul al-Quran bertempat di Masjid Al Wahhab Permatang Duyong.
Bergema alunan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran memenuhi ruang Masjid Al Wahhab Permatang Duyong apabila 350 peserta dengan tadarus terdiri daripada Pertubuhan Sahabat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan orang awam bertadarus secara berkumpulan. Seterusnya, program ini juga diisi dengan Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Setelah itu, bagi Majlis Khatam al-Quran pula telah di pimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Mohd Noor Helmy Bin Abdul Halem, Timbalan Exco Sains Dan Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Digital.
Majlis Khatam al-Quran sebegini memupuk kecintaan kepada al-Quran dengan memahami sejarah al-Quran diturunkan serta membudayakan membaca al-Quran dalam kehidupan seharian dan menghayati keistimewaan serta keberkatan bulan Ramadhan.





![]()
- Published in AKTIVITI
Program Berlaga Centong Dun Tanjung Bidara dan Gotong-Royong Bubur Lambuk Perdana Peringkat Negeri Melaka
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Japerun Tanjung Bidar, Japerun Kuala Linggi, CUEPACS Melaka, Zakat Melaka,Markas 3 Divisyen Kem Terendak, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Bidara, Syarikat Kompleksn Falak Al-Khawarizmi, Sekolah Menengah Tahfiz Al-Abqari dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan mengadakan Program Berlaga Centong Dun Tanjung Bidara dan Gotong-Royong Bubur Lambuk Perdana Peringkat Negeri Melaka pada 17 Mac 2025M/ 16 Ramadhan 1446H (Isnin) bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Tetamu kehormat YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Semua dijemput hadir
![]()
- Published in AKTIVITI
Program Daurah Perdana & Pengijazahan Kitab Aqidah “Al-Kharidah Al-Bahiyyah’ yang telah dibimbing oleh Fadhilatu Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari Hafizahullah
BUKIT PALAH, 13 Feb – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Program Daurah Perdana & Pengijazahan Kitab Aqidah “Al-Kharidah Al-Bahiyyah’ yang telah dibimbing oleh Fadhilatu Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari Hafizahullah bertempat di Auditorium Masjid Al- Azhim.
Program Daurah dan Pengijazahan Kitab Akidah Al-Kharidah Al-Bahiyyah ini merupakan inisiatif yang bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka dalam melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada dasar dan teras Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 400 peserta yang mempunyai asas dalam Bahasa Arab dan kemahiran itu membantu mereka memahami isi kandungan kitab dengan lebih mendalam serta menghayati hikmah dan inti pati ajaran yang disampaikan oleh Fadhilatu Syeikh.
Dimaklumkan pihak penganjur menyediakan bantuan terjemahan daripada suara kepada teks dalam Bahasa Melayu menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman dalam kalangan peserta yang kurang mahir dalam Bahasa Arab.
Yang Berhormat Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Daurah Perdana dan Pengijazahan Kitab Akidah Al-Kharidah Al-Bahiyyah’ bersama Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari bagi Peringkat Negeri Melaka diiringi Sahibus Samahah Datuk wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
![]()
- Published in AKTIVITI
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2025
BUKIT KATIL, 14 Feb – Telah bersidang Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2025 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Masjid Saidina Ali, Bukit Katil.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang menjadi medium perbincangan terhadap perkara-perkara yang memerlukan penjelasan hukum, seperti isu-isu perundangan, ekonomi, sosial, atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam khususnya di Melaka.
![]()
- Published in AKTIVITI
Majlis Bicara Mufti dan Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 1/2025
BUKIT PALAH, 27 Jan – Seramai 100 orang penerima Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Melaka telah menghadiri Majlis Bicara Mufti dan Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 1/2025 yang telah diadakan di Bilik Kuliah Masjid Al-Azhim Negeri Melaka.
Majlis diisi dengan ceramah berkenaan Fiqh Ramadhan yang telah disampaikan oleh Dr Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan Sijil Tauliah berkenaan kepada pemegang tauliah yang hadir.
![]()
- Published in AKTIVITI









