HUBUNGI KAMI DI : 06 333 3333

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

  • PROFIL
    • LATAR BELAKANG
    • VISI, MISI & OBJEKTIF
    • PIAGAM PELANGGAN
      • PIAGAM PELANGGAN JABATAN
      • PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    • CARTA ORGANISASI
    • STRUKTUR ORGANISASI
      • FATWA DAN BUHUTH
      • FALAK DAN SYARIE
      • SUMBER MAKLUMAT
      • TEKNOLOGI MAKLUMAT
      • KHIDMAT PENGURUSAN
    • ANUGERAH JABATAN
      • PENSIJILAN ISO
  • PERKHIDMATAN
    • FATWA & BUHUTH
      • APA ITU FATWA?
      • PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
      • CARTA ALIR PROSES PENGELUARAN FATWA RASMI
      • FATWA WARTA
        • AQIDAH
        • SYARIAH
        • MUAMALAT
    • FALAK DAN SYARIE
      • APA ITU FALAK & SYARIE?
      • CERAPAN HILAL BULANAN
        • INFO GRAFIK HILAL
        • DATA-DATA HILAL
        • KEPUTUSAN KENAMPAKAN HILAL
      • DATA RUKYAH
      • ALMANAK FALAK
      • TAQWIM HIJRIAH DAN JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA
  • PUSAT MEDIA
    • DATA SET
      • TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA
    • PENERBITAN
      • BULETIN TAHUNAN
      • ALMANAK FALAK
      • BROSUR DAN RISALAH
      • KALENDAR HIJRAH
    • GALERI VIDEO
    • GALERI GAMBAR
    • KOLEKSI MUAT-TURUN
  • E-PERKHIDMATAN
    • SISTEM HRMIS
    • SISTEM ADUAN AWAM MELAKA
    • SISTEM ADUAN MUFTI (e-TASAULAT)
    • APLIKASI JAKIM TOUCH (APPS)
  • MAKLUMBALAS
    • ADUAN / MAKLUMBALAS
    • KEBEBASAN MAKLUMAT
  • HUBUNGI KAMI
    • PETA LOKASI
    • PEGAWAI INTEGRITI
    • DIREKTORI KAKITANGAN
    • KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

Program Bicara Mufti di Masjid Al-Ikhwan Kampung Kemuning, Alor Gajah.

Tuesday, 03 March 2026 by AdminMufti

ALOR GAJAH,27 Februari – Program Bicara Mufti telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Al-Ikhwan Kampung Kemuning,Alor Gajah,semalam. Program dimulakan dengan sesi ziarah kasih dengan menyantuni beberapa rumah jemaah berhampiran masjid yang diuji dengan masalah kesihatan.

Seterusnya, Prof. Madya Dr. Muhammad Hafiz bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, telah menyampaikan ceramah berkaitan bulan Ramadan sebagai pengisian rohani sambil menunggu waktu berbuka puasa dan telah menyampaikan sumbangan kit makanan kepada beberapa orang jemaah yang memerlukan.

Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa secara berjemaah, solat Maghrib, solat Isyak serta solat sunat Tarawih dalam suasana harmoni. Program ini mencerminkan komitmen Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta menyemarakkan nilai keprihatinan dan ukhuwah

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 1447 Hijrah

Tuesday, 03 March 2026 by AdminMufti

TG. BIDARA, 17 Februari – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah melaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 1447 Hijrah bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka pada petang tadi. Majlis cerapan ini turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Cerapan rasmi telah diketuai oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, bersama Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Melaka serta pegawai-pegawai falak Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Ukur Pemetaan Negeri Melaka (JUPEM). Proses cerapan dimulakan dengan menjejak kedudukan matahari dan bulan menggunakan peralatan optik berteknologi tinggi iaitu teleskop berkomputer, kamera digital dan alat ukur Total Station.Kaedah yang digunakan bagi menetapkan permulaan awal bulan dalam takwim hijri di Malaysia berdasarkan kaedah rukyah (mencerap) dan hisab (imkanur rukyah).

Kaedah imkanur rukyah merupakan gabungan antara data-data kenampakan anak bulan dengan rekod kenampakan hilal di Malaysia bagi menentukan permulaan awal bulan. Selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menetapkan tarikh bagi Hilal Rasmi (Ramadan, Syawal & Zulhijjah), Jabatan Mufti Negeri-Negeri bersama JUPEM akan melaksanakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal bagi Ramadan pada 29 Syaaban 1447H.Hasil keputusan cerapan rasmi ini telah dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja seterusnya mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Ramadan 1447H telah ditetapkan pada 19 Februari 2026M (Khamis).

Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H serta menyeru seluruh umat Islam agar menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran serta keinsafan dengan memperbanyakkan amal ibadah dan persiapan rohani.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kunjungan hormat daripada Dr. Hamza Obaid, Pensyarah Universiti Beirut, Lebanon merangkap CEO Persatuan Amal serta Dr. Yousef Al Hamadee, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai

Tuesday, 03 March 2026 by AdminMufti

BUKIT PALAH, 28 Februari – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat
daripada Dr. Hamza Obaid, Pensyarah Universiti Beirut, Lebanon merangkap CEO Persatuan
Amal serta Dr. Yousef Al Hamadee, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
yang merupakan wakil Persatuan Amal di Malaysia.


Kunjungan tersebut telah diadakan bersama Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji
Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bagi menerangkan situasi terkini di
Ghaza serta usaha pengumpulan dana untuk membantu rakyat Palestin yang mengalami
kecacatan anggota melalui penyediaan anggota badan palsu.


Selain itu, pihak Persatuan Amal turut memohon sokongan Jabatan Mufti Negeri Melaka
serta mencari rakan strategik di negeri ini bagi memperkukuh usaha kemanusiaan yang
dilaksanakan.


Semoga segala usaha ini mendapat sokongan dan keberkatan demi membantu mereka yang
memerlukan.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kunjungan hormat daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Wilayah Selatan

Tuesday, 03 March 2026 by AdminMufti

BUKIT PALAH, 25 Februari – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Wilayah Selatan yang diketuai oleh Shahrul Amri bin Zainuddin, Pengurus Perhubungan Kakitangan.

Delegasi telah disambut oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Tuan Hazarudin bin Haji Baharudin, bersama pegawai-pegawai jabatan dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Pertemuan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan perancangan program sempena Ramadan bagi tahun 2026 anjuran PETRONAS serta membincangkan perkara-perkara berbangkit yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan masyarakat Islam di negeri Melaka.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat dan kemaslahatan ummah.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Tuan Agus Putra bin Apandi, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Melaka

Wednesday, 11 February 2026 by AdminMufti

BUKIT PALAH, 6 Februari – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Agus Putra bin Apandi, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Melaka dalam satu pertemuan rasmi bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Melaka, Pusat Islam, Melaka.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka, bersama barisan pegawai kanan. Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Agensi Agama Islam di Negeri Melaka.

Dalam sesi pertemuan ini, pihak Akademi Kenegaraan Malaysia turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan pandangan dan kepakaran Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memperkasa pengisian modul latihan kenegaraan berteraskan nilai-nilai Islam dan jati diri nasional.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menyambut baik kunjungan hormat tersebut dan menzahirkan sokongan terhadap usaha Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dalam melahirkan pemimpin serta penjawat awam yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Penyampaian Sijil Arah Kiblat bagi Tahun 2025

Thursday, 05 February 2026 by AdminMufti

BUKIT PALAH, 5 Februari – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Arah Kiblat bagi Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Agama Islam Melaka, Aras 2, Bangunan Pusat Islam, Melaka.

Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Isa bin Abdullah, Ketua Bahagian Falak & Syarie, yang telah menyampaikan sijil arah kiblat kepada pemohon yang terdiri dari rumah persendirian serta premis kerajaan dan swasta yang telah selesai menjalani kerja-kerja penandaan arah kiblat bagi tahun 2025.

Penyampaian sijil ini merupakan pengiktirafan rasmi kepada premis-premis yang telah melalui proses semakan dan pengesahan arah kiblat mengikut garis panduan serta kaedah falak syarie yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memastikan ketepatan arah kiblat di premis persendirian serta bangunan kerajaan dan swasta, sekali gus membantu umat Islam melaksanakan ibadah solat dengan lebih yakin.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Bicara Mufti anjuran Bahagian Fatwa & Buhuth, Jabatan Mufti Negeri Melaka

Monday, 15 December 2025 by AdminMufti
image

ALOR GAJAH, 14 Disember – Program Bicara Mufti anjuran Bahagian Fatwa & Buhuth, Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad bertempat di Masjid Al Hidayah, Simpang Ampat, Alor Gajah, bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Program yang mengangkat tajuk “Solat Penawar Bagi Hati” ini bertujuan memberi pencerahan serta penghayatan mendalam kepada masyarakat tentang peranan solat dalam membentuk ketenangan jiwa, memperkukuh keimanan dan menjadi terapi rohani dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini.

Forum ini menampilkan dua orang panel berwibawa iaitu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Dr Mohamad Nazli bin Omar, Ahli Jawatnkuasa Fatwa Negeri Melaka manakala sesi perbincangan dikendalikan oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.

Majlis dimulakan dengan sesi ziarah kasih oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil ke rumah penduduk sekitar yang baru kehilangan ahli keluarga tersayang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral terhadap masyarakat setempat. Sesi tersebut mencerminkan nilai rahmah dan kepimpinan berteraskan kasih sayang yang menjadi teras perkhidmatan institusi mufti.

Sepanjang program, para panel menekankan kepentingan menjaga kualiti solat sebagai asas pembentukan hati yang tenang, sabar dan istiqamah, selain mengajak masyarakat menjadikan solat sebagai medium mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah setempat serta masyarakat sekitar dan diharap dapat memberi manfaat berpanjangan dalam memperkukuh kefahaman dan penghayatan ibadah solat dalam kehidupan seharian.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Sesi Penandaan Nombor Kubur Digital di Tanah Perkuburan Hilir Kampung Pulau, Masjid Tanah

Monday, 15 December 2025 by AdminMufti
image

MASJID TANAH, 13 Disember – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah melaksanakan Sesi Penandaan Nombor Kubur Digital di Tanah Perkuburan Hilir Kampung Pulau, Masjid Tanah pada jam 8.30 pagi (Sabtu), selaras dengan seruan Kerajaan Negeri Melaka yang memperkenalkan sistem Kubur Digital pada Oktober 2025.

Pelaksanaan sistem ini bertujuan memodenkan pengurusan tanah perkuburan dengan setiap pusara dinomborkan dan direkod secara digital, sekali gus memudahkan waris serta generasi akan datang mengenal pasti dan menziarahi kubur ahli keluarga. Inisiatif ini menjadikan Melaka sebagai negeri perintis pertama di Malaysia, dengan Kampung Pulau dipilih sebagai lokasi perintis sebelum diperluaskan ke seluruh negeri secara berperingkat selepas kajian teknikal selesai.

Antara tujuan utama pelaksanaan Kubur Digital adalah untuk memudahkan pengesanan pusara, mengatasi kelemahan pengurusan tanah perkuburan tradisional, serta memperkenalkan sistem pengurusan yang lebih moden, sistematik dan lestari. Pelaksanaan ini juga dijangka memberi manfaat jangka panjang melalui pengurusan yang lebih telus serta memperkukuh kesejahteraan ummah dan kerjasama Islam serantau.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 5/2025

Monday, 08 December 2025 by AdminMufti
image

MELAKA, 2 Disember 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 5/2025 (Sesi Petang) telah diadakan di Puteri Bay, Pantai Puteri dengan dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka. Mesyuarat bermula pada jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga 5.00 petang.

Mesyuarat ini dianjurkan oleh Bahagian Fatwa dan Buhuth, Jabatan Mufti Negeri Melaka, yang menjadi sekretariat tetap dalam menyelaras perbincangan berkaitan hukum-hakam serta isu-isu Syariah yang dibangkitkan di peringkat negeri. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada pakar Syariah, wakil jabatan agama, serta agensi-agensi berkaitan.

Sepanjang sesi, pelbagai perkara penting dibincangkan merangkumi isu semasa, permohonan fatwa, serta penetapan pandangan hukum yang memerlukan penelitian terperinci. Mesyuarat ini turut memberi ruang kepada ahli jawatankuasa untuk berkongsi pandangan, meneliti hujah dan dalil, serta memastikan setiap keputusan dibuat secara berhati-hati berlandaskan nas dan maqasid Syariah.

Penganjuran mesyuarat ini menzahirkan komitmen Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam memastikan penyelarasan hukum sentiasa diperkemas, seterusnya menjamin keberkesanan pentadbiran Syariah di negeri ini.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil.3/2025

Thursday, 04 December 2025 by AdminMufti
image

MELAKA, 2 Disember 2025 – Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 3/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Surau Ar-Reduan, Taman Semabok Perdana, hari ini. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Fatwa dan Buhuth, Jabatan Mufti Negeri Melaka ini diadakan bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran serta kefahaman calon pegawai masjid dalam melaksanakan tanggungjawab mereka secara berkesan dan berintegriti.

Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu menghimpunkan para peserta yang bakal memikul amanah besar dalam pengurusan dan pentadbiran masjid di seluruh Negeri Melaka. Sepanjang sesi, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian ilmiah merangkumi aspek pengurusan masjid, kefahaman hukum hakam, etika penyampaian ilmu, serta peranan mereka dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat ilmu dan pembangunan masyarakat.

Penganjuran kursus ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan dalam memastikan setiap pegawai masjid dilengkapi ilmu, kompetensi dan pemahaman yang tepat, selaras dengan kehendak syarak serta keperluan semasa.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan bersama penceramah bagi memberi ruang kepada peserta mendapatkan pencerahan lanjut berkaitan tugasan dan peranan mereka

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Categories

  • AKTIVITI
  • PENGUMUMAN
  • Uncategorized

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A,
Pusat Islam Melaka,
75400 Jalan Bukit Palah,
Melaka

T +606-2847920 / 21

Email: [email protected]
Open in Google Maps

Koordinat :
Latitude : 2.2163512804327006
Longitude : 102.2660765157354

227982
mvcvisit Hari Ini : 41
mvcyesterday Semalam : 372
mvcmonth Bulan Ini : 8935
mvcyear Tahun Ini : 77264
mvctotal Jumlah Pelawat : 227982
mvconline Dalam Talian : 1


Kemaskini terakhir: 4 December 2025

  • Soalan Lazim
  • Sitemap
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan

© 2025 Hakcipta Terpelihara. Jabatan Mufti Negeri Melaka.

TOP
MyGov Portal

Dasar Privasi

Bilangan Ketibaan Pelancong Mengikut Negara