Kunjungan hormat dari Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja (Cuepacs)
BUKIT PALAH, 24 Feb – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin hari ini menerima kunjungan hormat dari Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Dr. Haji Adnan bin Mat di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Pertemuan dua hala ini memberi kesempatan kepada kedua-dua belah pihak berbincang berkenaan kerjasama strategik serta membina hubungan dan berkongsi pendapat. Semoga dengan kunjungan hormat yang telah diadakan ini dapat meningkatkan jaringan strategik antara kedua-dua belah pihak.





![]()
- Published in AKTIVITI
Program Daurah Perdana & Pengijazahan Kitab Aqidah “Al-Kharidah Al-Bahiyyah’ yang telah dibimbing oleh Fadhilatu Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari Hafizahullah
BUKIT PALAH, 13 Feb – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Program Daurah Perdana & Pengijazahan Kitab Aqidah “Al-Kharidah Al-Bahiyyah’ yang telah dibimbing oleh Fadhilatu Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari Hafizahullah bertempat di Auditorium Masjid Al- Azhim.
Program Daurah dan Pengijazahan Kitab Akidah Al-Kharidah Al-Bahiyyah ini merupakan inisiatif yang bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka dalam melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada dasar dan teras Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 400 peserta yang mempunyai asas dalam Bahasa Arab dan kemahiran itu membantu mereka memahami isi kandungan kitab dengan lebih mendalam serta menghayati hikmah dan inti pati ajaran yang disampaikan oleh Fadhilatu Syeikh.
Dimaklumkan pihak penganjur menyediakan bantuan terjemahan daripada suara kepada teks dalam Bahasa Melayu menerusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman dalam kalangan peserta yang kurang mahir dalam Bahasa Arab.
Yang Berhormat Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Daurah Perdana dan Pengijazahan Kitab Akidah Al-Kharidah Al-Bahiyyah’ bersama Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Al-Hanbali Al-Azhari bagi Peringkat Negeri Melaka diiringi Sahibus Samahah Datuk wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
![]()
- Published in AKTIVITI
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2025
BUKIT KATIL, 14 Feb – Telah bersidang Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2025 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Masjid Saidina Ali, Bukit Katil.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang menjadi medium perbincangan terhadap perkara-perkara yang memerlukan penjelasan hukum, seperti isu-isu perundangan, ekonomi, sosial, atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam khususnya di Melaka.
![]()
- Published in AKTIVITI
Majlis Bicara Mufti dan Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 1/2025
BUKIT PALAH, 27 Jan – Seramai 100 orang penerima Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Melaka telah menghadiri Majlis Bicara Mufti dan Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 1/2025 yang telah diadakan di Bilik Kuliah Masjid Al-Azhim Negeri Melaka.
Majlis diisi dengan ceramah berkenaan Fiqh Ramadhan yang telah disampaikan oleh Dr Syed Syahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan Sijil Tauliah berkenaan kepada pemegang tauliah yang hadir.
![]()
- Published in AKTIVITI
Kunjung Hormat Ketua Pengarah JAKIM
PUTRAJAYA, 22 Jan – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kunjungan hormat ini adalah sempena pelantikan Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024 bersamaan 27 Rabiulawal 1446 Hijrah serta membincangkan kerjasama dua hala berkaitan program yang boleh dilaksanakan bersama.





![]()
- Published in AKTIVITI
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat
KUALA SG. BARU,17 Jan – Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ADUN Kuala Linggi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyampaikan tazkirah bertajuk “ Israk & Mikraj” di Masjid Al-Fattah, Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru.
Dalam pada itu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut menyampaikan khutbah bertajuk “Saham Akhirat, Membawa Berkat” serta memimpin solat Jumaat secara berjemaah.





![]()
- Published in AKTIVITI
Ibrah Israk & Mikraj
KUALA SG. BARU, 16 Jan – Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan program berbentuk bual bicara Forum Bicara Mufti yang telah diadakan di Masjid Ar-Rafaei, Kampung Ayer Molek, Kuala Sungai Baru.
Melalui tajuk “Ibrah Israk & Mikraj” forum ini telah menampilkan panel hebat seperti Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dr Mohd Nadzli bin Omar, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Melaka selaku moderator.
Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama yang juga merupakan ADUN Kuala Linggi bersama penduduk Kampung Ayer Molek mengimarahkan forum yang mengupas berkenaan kelebihan bulan Rejab dan peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Rejab iaitu peristiwa Israk & Mikraj.





![]()
- Published in AKTIVITI
Kunjungan Hormat & Lawatan Kerja Dari Malaysian Space Agency (MYSA), Planetarium Negara dan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK) Negeri Melaka
TG.BIDARA, 7 Jan – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka hari ini menyambut mesra Kunjungan Hormat & Lawatan Kerja dari YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, En.Mohd Zamri Shah bin Mastor, Ketua Pengarah Planetarium Negara dan Ketua ICT Negeri Melaka, En Fauzi bin Elham di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendapatkan pandangan serta bantuan teknikal dalam usaha Jabatan Mufti Negeri Melaka menaiktaraf planetarium sedia ada. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi impak besar kepada Planetarium Al-Khawarizmi yang merupakan sebuah pusat pelancongan astronomi di Negeri Melaka.peristiwa Israk & Mikraj.





![]()
- Published in AKTIVITI
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4
AYER KEROH, 5 Dis – Telah bersidang Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4 yang telah diadakan di Hotel Ames,Ayer Keroh Melaka.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang menjadi medium perbincangan dan penyelidikan terhadap perkara-perkara yang memerlukan penjelasan hukum, seperti isu-isu perundangan, ekonomi, sosial, atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam khususnya di Melaka.





![]()
- Published in AKTIVITI
Kunjung Hormat dari Al-Fadhil Al Habib Hassan Al-Attas, Imam Besar Masjid Ba’alwie Singapura
BUKIT PALAH,30 Nov – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Al-Fadhil Al Habib Hassan Al-Attas, Imam Besar Masjid Ba’alwie Singapura bertempat di Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Melaka. Kunjungan hormat ini bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan .





![]()
- Published in AKTIVITI










