
TG.BIDARA, 8 April – Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Alor Gajah Bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Blok Asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka yang telah berlangsung di Dewan Hamal Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka dengan simbolik penyerahan projek kepada Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka selaku pihak pelanggan dan telah disaksikan oleh YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.
Diharapkan dengan penyerahan projek ini, ianya dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) Al Abqari yang mendiami asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi berkenaan.




