HUBUNGI KAMI DI : 06 333 3333

JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA

  • PROFIL
    • LATAR BELAKANG
    • VISI, MISI & OBJEKTIF
    • PIAGAM PELANGGAN
      • PIAGAM PELANGGAN JABATAN
      • PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
    • CARTA ORGANISASI
    • STRUKTUR ORGANISASI
      • FATWA DAN BUHUTH
      • FALAK DAN SYARIE
      • SUMBER MAKLUMAT
      • TEKNOLOGI MAKLUMAT
      • KHIDMAT PENGURUSAN
    • ANUGERAH JABATAN
      • PENSIJILAN ISO
  • PERKHIDMATAN
    • FATWA & BUHUTH
      • APA ITU FATWA?
      • PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
      • CARTA ALIR PROSES PENGELUARAN FATWA RASMI
      • FATWA WARTA
        • AQIDAH
        • SYARIAH
        • MUAMALAT
    • FALAK DAN SYARIE
      • APA ITU FALAK & SYARIE?
      • CERAPAN HILAL BULANAN
        • INFO GRAFIK HILAL
        • DATA-DATA HILAL
        • KEPUTUSAN KENAMPAKAN HILAL
      • DATA RUKYAH
      • ALMANAK FALAK
      • TAQWIM HIJRIAH DAN JADUAL WAKTU SOLAT NEGERI MELAKA
  • PUSAT MEDIA
    • DATA SET
      • TERMA PENGGUNAAN DATA TERBUKA
    • PENERBITAN
      • BULETIN TAHUNAN
      • ALMANAK FALAK
      • BROSUR DAN RISALAH
      • KALENDAR HIJRAH
    • GALERI VIDEO
    • GALERI GAMBAR
    • KOLEKSI MUAT-TURUN
  • E-PERKHIDMATAN
    • SISTEM HRMIS
    • SISTEM ADUAN AWAM MELAKA
    • SISTEM ADUAN MUFTI (e-TASAULAT)
    • APLIKASI JAKIM TOUCH (APPS)
  • MAKLUMBALAS
    • ADUAN / MAKLUMBALAS
    • KEBEBASAN MAKLUMAT
  • HUBUNGI KAMI
    • PETA LOKASI
    • PEGAWAI INTEGRITI
    • DIREKTORI KAKITANGAN
    • KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 (Hari Ketiga)

Thursday, 03 July 2025 by MASLINDA
photo_6300899491078849319_y

TG. BIDARA, 3 Julai– Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 anjuran Bahagian Fatwa dan Buhuth Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari bermula 1 Julai hingga 3 Julai 2025 bertempat di Dewan Hamal, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. Kursus yang dihadiri oleh seramai 52 orang peserta ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh ilmu dan kefahaman calon pegawai masjid dalam pelbagai aspek pengurusan dan hukum-hakam Islam.

Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan Slot 7 bertajuk “Munakahat” yang disampaikan oleh Ustaz Huzailan bin Hamzah, memberi penekanan kepada hukum dan peranan pegawai masjid dalam urusan perkahwinan serta isu-isu semasa berkaitan munakahat.

Sesi diteruskan pada jam 11.00 pagi dengan Slot 8 bertajuk “Pengurusan Taharah”, yang dikendalikan oleh Ustaz Arif Ariffin bin Abu Bakar. Slot ini memberi pendedahan mendalam kepada peserta mengenai aspek kebersihan diri dan ibadah, khususnya dalam konteks pengurusan masjid dan komuniti.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Slot 9: Latihan Dalam Kumpulan bermula jam 2.00 petang hingga 3.30 petang. Slot ini memberi ruang kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam bentuk perbincangan dan pembentangan berkumpulan.

Kursus ini diakhiri dengan Majlis Penangguhan yang berlangsung pada jam 3.30 petang. Majlis telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan ilmu dan tanggungjawab besar yang bakal digalas oleh para pegawai masjid sebagai pemimpin komuniti Islam di Negeri Melaka.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah pengukuhan ilmu tetapi turut memperkukuhkan jaringan kerjasama antara calon pegawai masjid dengan pihak berautoriti agama negeri.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 (Hari Kedua)

Wednesday, 02 July 2025 by MASLINDA
photo_6282867736606524584

TG. BIDARA, 2 Julai – Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 diteruskan dengan pengisian tiga slot utama yang memberi fokus kepada kemahiran praktikal dan kefahaman asas peranan pegawai masjid.

Slot 4 bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fadhil bin Nor Azman dengan tajuk Pengurusan Jenazah. Slot ini menekankan aspek teori dan praktikal berkaitan pengendalian jenazah mengikut hukum syarak dan tatacara yang betul.

Slot 5 dan 6 yang berlangsung pada jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang dan disambung jam 2.30 hingga 4.30 petang telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Muhammad Hafiz bin Saleh. Slot-slot ini memberi tumpuan kepada Azan, Iqamah dan Solat serta Ilmu Tajwid, yang penting dalam memastikan ketepatan penyampaian serta bacaan dalam ibadah harian.

Kursus ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Jabatan Mufti Negeri Melaka dalam melahirkan pegawai masjid yang kompeten, berilmu dan bersedia memikul amanah di institusi masjid negeri.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 (Hari Pertama)

Tuesday, 01 July 2025 by MASLINDA
photo_6280790969595054442_y

TG.BIDARA, 1 Julai – Kursus Peningkatan Ilmu Calon Pegawai Masjid Negeri Melaka Bil. 2/2025 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka  telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Hamal, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus yang dianjurkan ini bertujuan memperkukuhkan ilmu dan kefahaman para calon pegawai masjid dalam bidang-bidang teras seperti akhlak Islam dan tasawwuf, akidah, serta hukum-hakam sembelihan dan ibadah korban.

Antara fasilitator jemputan yang menyampaikan pengisian ilmiah sepanjang kursus ini ialah Ustaz Mohd Haneef bin Zin, yang membentangkan topik berkaitan akhlak Islam dan tasawwuf manakala Ustaz Shahrir Asraf bin Haji Azmi yang mengupas tajuk berkaitan akidah serta fiqh sembelihan dan korban.

Para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi berlangsung dan diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam perkhidmatan mereka di masjid kelak, selaras dengan matlamat memperkasa institusi masjid di Negeri Melaka.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Program Mufti Bersama Ummah sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)

Friday, 30 May 2025 by MASLINDA
wrur

MASJID TANAH, 30 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Program Mufti Bersama Ummah sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sebagai usaha mendekatkan institusi kefatwaan kepada masyarakat. Program yang berlangsung di Masjid Al-Muttaqin Masjid Tengah, Lendu itu dihadiri oleh lebih 500 orang penduduk setempat.  

Dalam usaha menyantuni Mantan Pegawai Syarak Masjid, Tuan Haji Hazarudin bin Haji Hazarudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan asas kepada Mantan Pegawai Syarak Masjid yang diuji dengan beberapa masalah kesihatan.

Sebagai pengisian ilmiah menjelang sambutan Aidiladha, sebuah forum berbentuk bual bicara bertemakan “Korban kerana Allah” telah menampilkan barisan panelis berwibawa iaitu Tuan Haji Hazarudin bin Haji Hazarudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Dr. Muhammad Hafiz bin Saleh, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka serta dimoderatorkan oleh Ustaz Muhammad Azheem Ikmal bin Nor Azmee, Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Program ini mendapat suntikan istimewa dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu yang sudi meluangkan masa bersama para jemaah dan barisan penceramah.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Cerapan Anak Bulan Hilal Zulhijjah 1446 Hijrah

Tuesday, 27 May 2025 by MASLINDA
6174790884671998315

TG.BIDARA, 27 Mei – Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil telah mengetuai Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Melaka di Balai Cerap Al-Khawarizmi, bagi melaksanakan Cerapan Anak Bulan Hilal Zulhijjah 1446 Hijrah.

Penentuan Hari Raya Korban pada tahun ini telah ditetapkan pada 7 Jun 2025 bersamaan 10 Zulhijjah 1446 Hijrah iaitu pada hari Sabtu dan telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Hasil cerapan petang ini, hilal tidak kelihatan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara disebabkan faktor cuaca.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil kemudiannya telah melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja berkaitan hasil cerapan pada petang tadi.

Maka, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Zulhijjah 1446H ditetapkan pada Khamis 29 Mei 2025M manakala Tarikh 10 Zulhijjah 1446H iaitu Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada 7 Jun 2025M (Sabtu).

Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Kunjung Hormat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

Tuesday, 13 May 2025 by MASLINDA
6140970701570556444

TG.BIDARA, 13 Mei – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Delegasi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kunjungan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang ini diketuai oleh Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman, Mufti Negeri Pulau Pinang serta beberapa pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Delegasi ini diberi kesempatan melawat beberapa kemudahan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi seperti Balai Cerap Al-Khawarizmi dan Galeri Interaktif Planetarium Al-Khawarizmi.

Pertemuan dua hala ini membincangkan berkenaan pengurusan dan kaedah caj pengesahan arah kiblat selain mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 2/2025

Tuesday, 06 May 2025 by MASLINDA
6111589062226855308

BUKIT PALAH, 6 Mei – Seramai 54 orang penerima Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Melaka telah menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama & Al-Quran Siri 2/2025 yang telah diadakan di Bilik Kuliah Masjid Al-Azhim Negeri Melaka.

Majlis diisi dengan bual bicara santai oleh Ustaz Haryyanto Rizal bin Rokman dan Ustaz Elyas bin Ismail yang juga penerima Tauliah Mengajar Agama Negeri Melaka bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka membincangkan peranan pendakwah era baharu masa kini seperti kaedah menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kreativiti dan memanfaatkan teknologi dan media sosial yang membawa nilai Islam secara positif bagi menarik generasi muda yang cenderung kepada penggunaan media sosial masa kini.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyempurnakan serta menyampaikan Sijil Tauliah kepada para pemegang tauliah yang hadir dalam majlis tersebut.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri

Sunday, 13 April 2025 by MASLINDA
tyt

ALAI, 13 April – Kira-kira lebih 1000 orang pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di Masjid Assolihin,Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

Ketibaan Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman pada jam 11.30 pagi memeriahkan majlis berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang hadir.

Terdapat beberapa khemah makanan dibuka dengan pelbagai juadah tradisional termasuk ketupat, putu piring, rendang, roti canai dan pelbagai lagi.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Blok Asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Tuesday, 08 April 2025 by MASLINDA
photo_6332131797470661879_y

TG.BIDARA, 8 April – Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Alor Gajah Bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Pembaikan Blok Asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka yang telah berlangsung di Dewan Hamal Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Hj. Mohamad Salzeli Bin Moktar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka dengan simbolik penyerahan projek kepada Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka selaku pihak pelanggan dan telah disaksikan oleh YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan.

Diharapkan dengan penyerahan projek ini, ianya dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran (JAIM) Al Abqari yang mendiami asrama Kompleks Falak Al-Khawarizmi berkenaan.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments

Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1446H/2025M

Sunday, 30 March 2025 by MASLINDA
6289344852231569796

TG.BIDARA, 30 Mac – Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal bagi tahun 1446H/2025M telah diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara.

Terdahulu majlis dihadiri Tuan Yang Terutama,Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka,  bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri  Melaka yang turut meluangkan masa mencerap anak bulan Syawal.

Jawatankuasa Melihat Rukyah Hilal Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah melakukan cerapan hilal Syawal di Kompleks Falak Al-Khawarizmi pada petang Ahad 29 Ramadan 1446H bersamaan 30 Mac 2025M dan telah melaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan bahawa tarikh 1 Syawal 1446H ditetapkan pada Isnin 31 Mac 2025M.

Loading

Read more
  • Published in AKTIVITI
No Comments
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

Categories

  • AKTIVITI
  • PENGUMUMAN
  • Uncategorized

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A,
Pusat Islam Melaka,
75400 Jalan Bukit Palah,
Melaka

T +606-2847920 / 21

Email: [email protected]
Open in Google Maps

Koordinat :
Latitude : 2.2163512804327006
Longitude : 102.2660765157354

219637
mvcvisit Hari Ini : 263
mvcyesterday Semalam : 327
mvcmonth Bulan Ini : 590
mvcyear Tahun Ini : 68919
mvctotal Jumlah Pelawat : 219637
mvconline Dalam Talian : 2


Kemaskini terakhir: 9 April 2025

  • Soalan Lazim
  • Sitemap
  • Penafian
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan

© 2025 Hakcipta Terpelihara. Jabatan Mufti Negeri Melaka.

TOP
MyGov Portal

Dasar Privasi

Bilangan Ketibaan Pelancong Mengikut Negara