πππππ ππππππ, 17 Oktober β Sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H, Masjid Ar Rahmah,Taman Bukit Rambai telah menganjurkan Program Forum Bicara Mufti yang berlangsung dengan penuh penghayatan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Program yang bermula pada jam 6.00 petang hingga 11.00 malam itu menampilkan dua tokoh ilmuwan tersohor iaitu Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Prof. Madya Dr. Hafiz bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka sebagai panel forum, manakala sesi dikendalikan oleh Ustaz Rosmanizam bin Rosdi selaku moderator.
Dengan tajuk forum βPegangan Ahli Sunnah Waljamaah, Benteng Daripada Kesesatanβ, para panelis menekankan kepentingan memahami serta mengamalkan ajaran Islam berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah sebagai asas kepada kesejahteraan ummah dan keteguhan aqidah umat Islam.
Dalam forum tersebut, para hadirin turut diberi pencerahan berhubung cabaran akidah masa kini serta kepentingan menangkis fahaman songsang yang boleh menggugat perpaduan umat. Suasana majlis menjadi lebih bermakna apabila para peserta turut berpeluang berinteraksi secara langsung bersama panel bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu semasa agama.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga masjid, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin turut berkesempatan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan kepada beberapa mantan pegawai syarak masjid yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan. Inisiatif ini mencerminkan semangat kepedulian dan ukhuwah Islamiah yang digalakkan oleh ajaran Nabi Muhammad SAW.





![]()



