CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2021
  • December
March 30, 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN IJTIMAK KELAB FALAK & ASTRONOMI PER8INGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2021M/1443H

Tuesday, 21 December 2021 by melak4

BUKIT PALAH, 21 Disember – Petang ini berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ijtimak Kelab Falak & Astronomi Peringkat Negeri Melaka bagi Tahun 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Pertandingan yang telah dijalankan secara dalam talian pada 8 Disember 2021 ini merangkumi beberapa pertandingan yang dipertandingkan antara Sekolah-Sekolah Menengah di Negeri Melaka. Antara pertandingan yang di pertandingkan adalah pertandingan sajak, kuiz falak & astronomi dan khatib pilihan.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada pemenang yang telah berjaya dan telah berkesempatan menyampaikan hadiah bagi pemenang-pemenang bagi pertandingan yang telah dipertandingkan.

Juara bagi pertandingan sajak telah dimenangi oleh Nur Anis Suraya Binti Mohd Dom dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sharifah Rodziah, juara bagi pertandingan kuiz falak & astronomi pula adalah Muhammad Danish Erfan Bin Mohd Emran dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah manakala juara bagi pertandingan khatib pilihan adalah Ahmad Zakwan Bin Ridzauddin dari Sekolah Menengah Imtiyaz Ulul Albab Melaka.Majlis ini telah dijalankan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM BICARA MUFTI MASJID TAMAN MAJU JASIN MELAKA

Friday, 17 December 2021 by melak4

JASIN, 17 Disember – Semalam Program Bicara Mufti bagi tahun 1443H/2021M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan di Masjid An-Nur Taman Maju,Jasin, Melaka.

Program dimulakan dengan bacaan khutbah dan  solat jumaat yang telah dipimpin oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka. 

Selesai solat Jumaat, Sahibul Fadilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin berkesempatan  menyampaikan bantuan kit makanan kepada beberapa  orang penerima yang hadir ke masjid. 

Pada malamnya pula program diteruskan lagi dengan  Program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti YBhg Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Datuk Haji Rahimin Bin Bani sebagai panel kehormat dan Al-Fadhil Ustaz Abd Manap bin Mohamad, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) sebagai moderator bagi forum tersebut yang membawa tajuk “ Rapuh Iman, Runtuh Perpaduan”. 

Inti pati forum selama dua jam itu, telah menitikberatkan kepada jemaah yang hadir mengenai kepentingan menjaga silaturahim sesama manusia kerana hubungan yang baik mampu meningkatkan perpaduan dikalangan umat islam dan  mendatangkan barakah serta rahmat daripada Allah SWT. 

Dalam pada itu, diskusi forum tersebut juga menyarankan supaya umat Islam terus bersatu dan saling kasih-mengasihi serta mengingatkan kepada umat islam bahawa dugaan wabak Covid 19 yang melanda dunia sekarang ini adalah satu ujian kepada umat islam supaya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon perlindungan dan mempertingkatkan keimanan.   

Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM PENINGKATAN ILMU IMAM SURAU SOLAT JUMAAT SEMENTARA (COVID 19) PERINGKAT NEGERI MELAKA BIL.1/2021

Tuesday, 14 December 2021 by melak4

BUKIT PALAH, 14 Disember – Pagi tadi berlangsungnya Program Peningkatan Ilmu Imam Surau Solat Jumaat Sementara (Covid 19) Peringkat Negeri Melaka Bil.1/2021 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah diadakan di Auditorium Masjid Al-Azhim, Bukit Palah, Melaka.

Seramai 150 orang peserta yang hadir terdiri dari kalangan imam dan ahli jawatankuasa  surau seluruh Negeri Melaka yang diberi kebenaran melaksanakan solat Jumaat sementara dalam tempoh penularan wabak covid 19. Kursus ini dilaksanakan bagi memantapkan kefahaman serta meyakinkan para peserta khususnya calon imam untik mengimamkan solat Jumaat di surau-surau yang telah diberi kebenaran.

Kursus tersebut menampilkan penceramah hebat iaitu YBhg Datuk Haji Mohammad bin Hashim; Imam Besar Masjid Al-Azhim Melaka yang telah menerangkan berkaitan “Kesempurnaan Ibadah Solat”. Manakala pada slot kedua pula bertajuk” Pengukuhan Aqidah Menyatukan Ummah” telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Ahmad Fahim bin Hj Robani; Pensyarah Fakulti Aplikasi dan Komunikasi (FAC) Universiti Multimedia Ayer Keroh.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dalam ucapannya berkata beliau berharap agar kesemua surau yang telah di beri kebenaran solat Jumaat dapat menjalankan amanah yang telah diberikan dengan baik . Beliau juga berharap dengan kebenaran yang telah diberikan ini, umat islam di Negeri Melaka dapat memenuhi dan menghadirkan diri ke masjid dan surau bagi menunaikan solat Jumaat.

Kursus ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BAGI KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, TG BIDARA, MELAKA

Tuesday, 14 December 2021 by melak4

TG BIDARA, 14 Disember – Hari ini Majlis Penyerahan Projek Bagi Kerja-Kerja Penambahbaikan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg Bidara, Melaka antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka (JKR) yang telah diadakan di Bilik Kuliah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg Bidara, Melaka.

Kerja-kerja penambahbaikan tersebut merangkumi kerja-kerja mengecat bangunan dan penggantian pagar baru, pembinaan laluan orang kurang upaya (OKU), pembinaan 2 unit gazebo di Balai Cerap Al Khawarizmi, pembaikan kerja-kerja longkang dan tembok batu serta pemasangan pagar dawai di Balai Cerap Al-Khawarizmi Tg Bidara Melaka.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka diiringi Pengarah JKR Negeri Melaka; YBhg Datuk Ir.Ismail Bin Abd Rahman dan Jurutera Daerah Alor Gajah; Ir.Mohd Haidir bin Haron telah bersama-sama melawat tapak yang telah selesai dilaksanaMAJLIS PENYERAHAN PROJEK BAGI KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI, TG BIDARA, MELAKAkan kerja-kerja penambahbaikan tersebut.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan berbentuk kunci yang diserahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka sebagai tanda kerja-kerja penambahbaikan telak berjaya dilaksanakan.

Majlis ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM BICARA MUFTI MASJID AL-EHSAN KAMPUNG LONDANG MELAKA

Friday, 10 December 2021 by melak4

LONDANG, 10 Disember – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Program Bicara Mufti yang telah berlangsung di Masjid Al-Ehsan, Londang, Melaka hari ini.

Program dimulakan dengan solat jumaat yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka. 

Selesai solat Jumaat, Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ehsan, Londang, Melaka berkesempatan menyantuni dan menziarahi tiga orang mantan pegawai syarak Masjid  Al-Ehsan Kampung Londang, Melaka.

Program diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kit Makanan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan kit makanan berkenaan kepada 16 orang penerima yang hadir. Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti YBhg Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Ustaz Shukeri Najib bin Ab Rahim; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaid Bin Khamis; Imam 2 Masjid Al-Ehsan sebagai moderator.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

DISKUSI FATWA & PENYERAHAN TAULIAH AGAMA & AL-QURAN NEGERI MELAKA TAHUN 2021

Thursday, 09 December 2021 by melak4

MELAKA TENGAH, 09 Disember – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Diskusi Fatwa & Penyerahan Tauliah Agama & Al-Quran Negeri Melaka Tahun 2021 yang telah berlangsung di Hotel La Crista pada pukul 2.30 petang.

Diskusi ini telah disampaikan oleh YBhg Dr Mohd Nazli bin Haji Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bertajuk “Keteguhan Aqidah Meneguhkan Ummah”. Dalam diskusi berkenaan beliau menyarankan agar masyarakat islam di Negeri Melaka mendalami ilmu aqidah yang berperanan membina dan melahirkan insan yang berima dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka kemudiannya telah merasmikan Diskusi Fatwa & Penyerahan Tauliah Agama & Al-Quran Negeri Melaka Tahun 2021 dan telah menyampaikan watikah tauliah kepada 80 orang yang telah berjaya menerima watikah tauliah tersebut.

Diskusi ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PENUTUPAN KURSUS PENGUKURAN SEMPADAN LOT & CERAPAN OBJEK SAMAWI

Tuesday, 07 December 2021 by melak4

TG BIDARA, 7 Disember – Hari ini para peserta kursus menjalani dan mengalami pengalaman dan diberi pendedahan oleh juruukur dari Jabatan Ukur & Pemetaan Negeri Melaka tentang kaedah yang digunakan untuk mengukur sempadan lot.

Para peserta diberi kesempatan untuk melihat dan menggunakan alat-alat yang digunakan dalam kerja-kerja pengukuran sempadan lot.

Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Pengarah Jabatan Ukur & Pemetaan Negeri Melaka (JUPEM); Sr Sim Ching Yen.

Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti dengan diiringi Pengarah Jabatan Ukur & Pemetaan Negeri Melaka berkesempatan menyerahkan sijil kepada para peserta yang hadir pada kursus kali ini.

Kursus ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

HARI PERTAMA KURSUS PENGUKURAN SEMPADAN LOT & CERAPAN OBJEK SAMAWI

Monday, 06 December 2021 by melak4

TG BIDARA, 6 Disember – Hari ini berlangsungnya Kursus Pengukuran Sempadan Lot & Cerapan Objek Samawi anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan Jabatan Ukur & Pemetaan Melaka (JUPEM) yang berlangsung di Bilik Kuliah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai oleh wakil penjawat awam dari agensi kerajaan di Negeri Melaka. Para peserta diberi pendedahan berkenaan “Pengenalan Ukur & Pemetaan”, “TeknologiGPS & Pengukuran”, “Kaedah Pengukuran Hak Milik” & “Kaedah Cerapan Objek-Objek Samawi Dengan Teleskop yang telah disampaikan oleh fasilitator daripada Jabatan Ukur & Pemetaan Melaka (JUPEM).

Para peserta juga diberi peluang merasai pengalaman mencerap objek-objek samawi di Balai Cerap Al-Khawarizmi dan melawat Galeri Interaktif Al-Khawarizmi pada malam harinya.

Kursus ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA KE JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG

Wednesday, 01 December 2021 by melak4

PEKAN, 1 Disember – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini mengetuai delegasi bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berkunjung ke Jabatan Mufti Negeri Pahang bertempat di Kompleks  Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan , Pahang.

Kunjungan ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman; Mufti Negeri Pahang dan pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Dalam pada itu, kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan mempertingkatkan lagi hubungan kerja dua hala di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Kunjungan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUZAKARAH PEMERKASAAN WAKAF PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

Wednesday, 01 December 2021 by melak4

PEKAN, 1 Disember- Malam ini telah berlangsung Taklimat Perjalanan Muzakarah Pemerkasaan Wakaf Pendidikan Negeri Melaka telah di Ancasa Hotel, Pekan , Pahang. 

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah memberi taklimat berkenaan perjalanan muzakarah tersebut.

Sementara itu dalam taklimat ini wakil dari institusi pendidikan yang terlibat dan wakil dari Majlis Agama Islam Negeri Melaka turut diberi kesempatan untuk memberi pengenalan sebelum berlangsungnya Muzakarah Pemerkasaan Wakaf Pendidikan Negeri Melaka esok.

Sesi taklimat ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG_1090

    PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK, TAMAN KESIDANG

    LORONG PANDAN, 9 Mac – Telah berlangsungn...
  • IMG_1013

    KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

    BUKIT PALAH, 9 Mac – Sahibus Samahah...
  • IMG_0667-1

    PROGRAM BICARA MUFTI MASJID SAGA AYER PAABAS

    AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti a...

Archives

  • March 2023 (2)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal