CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2023
  • February
March 30, 2023

PROGRAM BICARA MUFTI MASJID SAGA AYER PAABAS

Monday, 27 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_0667-1

AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti adalah program rutin Jabatan Mufti Negeri Melaka yang telah berjalan selama beberapa tahun di negeri Melaka. Ia dilaksanakan bagi mendekati masyarakat setempat dan menyampaikan informasi terkini berkaitan hal ehwal Islam khususnya isu-isu kefatwaan yang menjadi persoalan dalam masyarakat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama masjid dan surau dalam negeri Melaka.

Selaras dengan itu, bagi Program Bicara Mufti kali ini Masjid Saga Ayer Paabas menjadi masjid pilihan bagi program anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama  Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

YB Tuan Hj Zulkiflee bin Datuk Seri Hj.Mohd Zin; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Taboh Naning bersama Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Jawatankuasa Masjid Saga Ayer Paabas berkesempatan menyantuni 2 orang ahli kariah berhampiran.

“Usrati Jannati” menjadi tajuk forum berbentuk bual bicara yang menampilkan barisan panel hebat seperti Dr Mohamad Nazli bin Omar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Ustaz Huzailan bin Hamzah ; Ketua Agama Islam Daerah Alor Gajah dan Ustaz Khidir bin Bahari; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka selaku moderator bagi forum ini.

Selepas forum, YB Tuan Hj Zulkiflee bin Datuk Seri Hj.Mohd Zin; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Taboh Naning diiringi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil: Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan berzanji, mewarna,gubahan dan memasak yang telah diadakan pada sebelah pagi.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID AS SOBIRIN KG GELAM MELAKA

Saturday, 25 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_0389

KG GELAM, 25 Feb – Masjid As Sobirin Kampung Gelam Melaka, menjadi masjid pilihan bagi Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri pada kali ini.

Program dimulakan dengan Ziarah Mahabbah oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid As Sobirin berkesempatan menyantuni Mantan Imam dan Mantan Pengerusi Masjid As Sobirin Kampung Gelam Melaka.

Selesai solat maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Mufti, forum berbentuk bual bicara yang bertajuk “Al Quran Di Hati, Masyarakat Di Santuni” telah menampilkan barisan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Prof Madya Dr Sedek bin Ariffin; Setiausaha Lajnah Tasheh  Al Quran Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Abd Manap bin Mohamad; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Melaka selaku moderator bagi forum tersebut.

Dalam forum ini, para jemaah yang hadir diberi penerangan berkaitan peranan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri  dalam memastikan Kesucian Teks Al-Quran terus dipelihara seperti Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith serta Kaedah Pelesenan Percetakan Al Quran di Malaysia.  

Program dimulakan dengan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah berkesempatan menyantuni dan menziarahi beberapa orang penduduk kampung berhampiran dengan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan.

Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Ustaz Ahmad Lutfi Bin Muharam; Pensyarah Fiqh & Usul Fiqh, Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan Ustaz Muhammad Adib bin Hatim;Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIM selaku moderator bagi forum tersebut.

Forum yang membawa tajuk “Harta, Ibtila atau Tarbiyyah” itu turut memberi kesempatan kepada jemaah yang hadir untuk bertanyakan segala permasalahan yang berkaitan. Para panel dalam forum berkenaan juga turut memberi pengetahuan kepada jemaah tentang kesedaran dan kewajipan berzakat.

Dalam pada itu, beberapa kaunter informasi serta pameran dari Agensi Agama Negeri Melaka seperti Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri turut dibuka kepada jemaah yang hadir.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM BICARA MUFTI MASJID JAMEK AL-HIDAYAH BATU BERENDAM

Friday, 17 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_9755

BATU BERENDAM, 17 Feb – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah Batu Berendam telah menjayakan Program Bicara Mufti yang telah  berlangsung di Masjid Jamek Al-Hidayah Batu Berendam malam tadi.

Program dimulakan dengan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Al-Hidayah berkesempatan menyantuni dan menziarahi beberapa orang penduduk kampung berhampiran dengan menyampaikan sumbangan berbentuk kit makanan.

Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Ustaz Ahmad Lutfi Bin Muharam; Pensyarah Fiqh & Usul Fiqh, Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dan Ustaz Muhammad Adib bin Hatim;Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIM selaku moderator bagi forum tersebut.

Forum yang membawa tajuk “Harta, Ibtila atau Tarbiyyah” itu turut memberi kesempatan kepada jemaah yang hadir untuk bertanyakan segala permasalahan yang berkaitan. Para panel dalam forum berkenaan juga turut memberi pengetahuan kepada jemaah tentang kesedaran dan kewajipan berzakat.

Dalam pada itu, beberapa kaunter informasi serta pameran dari Agensi Agama Negeri Melaka seperti Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Negeri Melaka, Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Kementerian Dalam Negeri turut dibuka kepada jemaah yang hadir.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT MUFTI AUSTRALIA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

Thursday, 16 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_9428

BUKIT PALAH, 16 Feb – Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Mufti Australia di Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama-sama pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Melaka menyambut mesra kehadiran rombongan ini.

Perjumpaan ini secara tidak langsung memberi kesempatan bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta mengeratkan hubungan dua hala antara Melaka dan Australia supaya terus diperkukuh dari masa ke semasa dan mengharapkan hubungan sebegini akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEGAWAI POLIS BUKIT AMAN KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

Wednesday, 15 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_9331

BUKIT PALAH, 15 Februari – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka pagi tadi telah menerima kunjungan hormat daripada YDh DCP Zainudin bin Ahmad bersama Pegawai Pegawai Polis Cawangan Bukit Aman di  Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Melaka.


Pertemuan ini juga menjadi platform bagi kedua-kedua belah pihak menjalinkan kerjasama strategik disamping berkongsi pendapat dalam isu-isu berkaitan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS DISKUSI FATWA SEMASA PEMEGANG TAULIAH AGAMA & AL-QURAN NEGERI MELAKA SIRI 1/2023

Tuesday, 07 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_9038

PANTAI PUTERI, 7 Feb –  Seramai 100 orang telah menerima sijil  tauliah  mengajar  Agama dan Al-quran dalam Majlis Diskusi Fatwa Semasa Pemegang Tauliah Agama & Al-Quran Negeri Melaka Siri 1/2023 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat di Hotel Puteri Bay, Pantai Puteri Melaka.

Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk “Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Teras Penyatuan & Pembangunan Ummah” yang telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Melaka; Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.

Beliau menyarankan agar Pemegang Tauliah Di Negeri Melaka tetap menjaga Aqidah, Syariah dan Akhlak Ummah di Negeri Melaka ini agar keselamatan dan keamanan Negeri Melaka daripada gejala perpecahan dan pergaduhan sesama Muslim akibat isu pegangan akidah yang berbeza dapat dipelihara. Ianya sejajar dengan Negeri Melaka adalah Negeri yang bertunjangkan dasar dan teras kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selepas itu, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin telah menyempurnakan majlis dan menyampaikan sijil tauliah mengajar kepada 100 orang penerima.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL.1/2023

Thursday, 02 February 2023 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_8970

TG.BIDARA, 2 Feb –  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah di pengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, telah berlangsung di Dewan Hamal,Kompleks Falak Al-Khawarizmi bermula pukul 9.30 pagi hari ini.

Mesyuarat ini terdiri dari Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bersama Pegawai-Pegawai Agama Daerah di Negeri Melakabagi membincangkan hal-hal dan isu-isu berkaitan agama di Negeri Melaka.

Kemudian para calon pegawai syarak diberi peluang mengadaptasikan ilmu yang diperolehi seperti laungan azan, bacaan khutbah dan cara pengurusan jenazah di dalam Latihan Dalam Kumpulan yang telah dibimbing oleh fasilitator.

Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan kepada calon pegawai syarak yang akan ditemuduga.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG_1090

    PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK, TAMAN KESIDANG

    LORONG PANDAN, 9 Mac – Telah berlangsungn...
  • IMG_1013

    KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

    BUKIT PALAH, 9 Mac – Sahibus Samahah...
  • IMG_0667-1

    PROGRAM BICARA MUFTI MASJID SAGA AYER PAABAS

    AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti a...

Archives

  • March 2023 (2)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal