CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2022
  • October
March 30, 2023

KULIAH MAGHRIB FALAK SIRI 5/2022

Monday, 31 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_4048

PENG. RAMA, 31 Okt –  Masjid Fathur Rahman Pengkalan Rama menjadi lokasi pilihan bagi Kuliah Maghrib Falak Siri 5 yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka. Kuliah kali ini bertajuk “Perubahan Musim & Cuaca Hujan Menurut Perspektif Falak” yang menampilkan Tuan Haji Hanafiah bin Abd Razak; Ahli Panel Pakar Falak JAKIM sebagai penceramah bagi kuliah yang yang merupakan kuliah terakhir bagi sesi tahun 2022.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KURSUS ASAS FALAK SIRI 5 BAGI TAHUN 2022

Monday, 31 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3693

MELAKA TENGAH,31 Oktober – Hari ini berlangsungnya Kursus Asas Falak Siri 5 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah diadakan di Hotel La Crista, Melaka

Kursus ini merupakan kursus berkala yang dijalankan oleh Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Negeri Melaka yang menyasarkan kepada orang awam yang berminat dengan ilmu astronomi dan ilmu-ilmu berkaitan falak syarie.

Kursus ini dipimpin oleh Pakar Falak; Tuan Haji Hanapiah bin Abdul Razak yang juga merupakan  Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijemput khas bagi menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan falak dan astronomi sepanjang kursus ini diadakan sebanyak 5 siri pada tahun ini.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Falak ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YB Datuk Hj Md Rawi bin Mahmud dalam ucapannya berkata kursus sebegini perlu diteruskan agar  dapat dijadikan sebagai medium kepada masyarakat di Negeri Melaka mempelajari serta mendalami ilmu falak dan astronomi ini.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengiringi YB Datuk Wira Hj Md Rawi bin Mahmud berkesempatan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan wakil masjid yang menjadi lokasi pilihan bagi Kuliah Maghrib Falak yang telah diadakan sepanjang tahun ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID AS-SYAKIRIN PASIR PUTEH BACHANG

Thursday, 27 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3519

BACHANG, 27 Oktober – Masjid As Syakirin Pasir Puteh Bachang menjadi masjid pilihan bagi Program Mufti Bersama Ummah kali ini anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Program berbentuk forum ini menampilkan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr Luqman bin Haji Abdullah; Mufti Wilayah Perseketuan sebagai panel dan Ustaz Mohd Nidzar bin Nor Mohamd; Pegawai Hal ehwal Islam Jabatan Mufti Negeri Melaka sebagai moderator.

“Fatwa Membina Perpaduan & Keutuhan Ummah” menjadi tajuk forum yang berlangsung selama dua jam itu. Ahli panel forum berkenaan mengupas berkenaan isu-isu berkaitan kefatwaan dan hala tuju institusi kefatwaan di Malaysia pada masa akan datang.

Para hadirin yang hadir terdiri dari penduduk kampung berhampiran yang hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL AMAN KELEMAK ALOR GAJAH MELAKA

Friday, 21 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3246

KELEMAK, 21 Oktober – Sempena Sambutan Maulidur Rasul, satu program berbentuk forum telah diadakan dengan tujuan untuk menghayati kembali keperibadian serta kisah kehidupan Rasulullah SAW dan mendalami perjuangan Nabi Muhammad SAW serta melihat semula kepada perjuangan baginda dalam menyebarkan syiar Islam.

Sehubungan dengan itu, Program Mufti Bersama Ummah sempena Maulidur Rasul  yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Masjid Al Aman Kelemak Alor Gajah Melaka.

Program berbentuk forum berkenaan menampilkan barisan panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Dr Mohd Kamel bin Mat Salleh;Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban sebagai panel dan Ustaz Ahmad Shahrir Asraf bin Datuk Hj Azmi sebagai moderator.

Para jemaah yang hadir terdiri dari penduduk kampung berhampiran bagi yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

LAWATAN TAPAK PENGALIHAN KUBUR LAMA

Wednesday, 19 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_3132

DURIAN TUNGGAL, 19 Oktober – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil ; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka mengadakan lawatan tapak bagi pengalihan 55 unit tapak kubur lama di Mukim Belimbing Alor Gajah Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID ASY SYUJAAH MERLIMAU UTARA

Sunday, 16 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_2939

MERLIMAU, 16 Oktober – Masjid Asy Syujaah Merlimau Utara kali ini menjadi masjid pilihan Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka menganjurkan Program Mufti Bersama Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1444H/2022M.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat yang di bimbing oleh Kumpulan Maulid Ar-Rahman dari Pengkalan Rama, Melaka.

Selepas solat maghrib secara berjemaah, majlis diteruskan dengan program bual bicara yang membawa tajuk diskusi “Menyingkap Ibrah Maulidur Rasul” yang berbentuk forum yang menampilkan Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Tuan Haji Amran bin Haji Awaludin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai panel dan YBhg.Ustaz Murad bin Ahmat sebagai moderator.

Kedua-dua panel di dalam forum berkenan menyarankan kepada Jemaah yang hadir agar sering menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW untuk lebih mengenali dan mencintai kekasih agung nabi Muhammad SAW agar kita dapat menjadi penyambung risalah nabi untuk ummah ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AL SULTAN ABDULLAH, MASJID TANAH,MELAKA

Friday, 14 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_2656

MASJID TANAH, 14 Oktober – Program Mufti Bersama Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1444H/2022M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka kali ini telah diadakan bertempat di Masjid Al Sultan Abdullah, Masjid Tanah,Melaka.

Majlis dimulakan dengan Majlis Tahnik yang telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil;Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang berkesempatan melakukan tahnik kepada beberapa orang bayi.

Selepas solat maghrib, majlis diteruskan dengan program bual bicara yang membawa tajuk diskusi “Menyingkap Ibrah Maulidur Rasul” yang berbentuk forum yang menampilkan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Hj Anhar bin Haji Opir; Mufti Kerajaan Negeri Selangor sebagai panel dan YBhg.Ustaz Huzailan bin Hamzah sebagai moderator.

Intipati forum yang berlangsung selama dua jam itu, antara lain adalah bagi memupuk masyarakat agar mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT serta mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka; Datuk Seri Utama Hj.Sulaiman Md Ali merasmikan serta mengimarahkan majlis ilmu berkenaan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MAJLIS PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H/2022M PERINGKAT NEGERI MELAKA

Sunday, 09 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_2487

BUKIT SERINDIT, 9 Oktober – Kontinjen Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M Peringkat Negeri Melaka dengan kekuatan kontinjen seramai 30 orang. Perarakan sejauh empat kilometer itu bermula dari Stadium Fatimah Bukit Serindit, kira-kira jam 8 pagi berakhir di Dataran Masjid Al-Azim, Bukit Palah pada jam 10.30 pagi.

Majlis perarakan tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Hj.Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Setelah itu, Tuan Yang Terutama Tun bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Seri Utama Datuk Sulaiman Bin Md Ali, bersama EXCO Kerajaan Negeri serta ketua jabatan berarak mengetuai perarakan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan pelajar sekolah di negeri ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID AS SALIHIN PAYA RUMPUT MELAKA

Thursday, 06 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_1790

PAYA RUMPUT, 6 Oktober – Program Mufti Bersama Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1444H/2022M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Masjid As Salihin Paya Rumput Melaka.

Program dimulakan dengan bacaan yassin dan solat maghrib secara berjemaah. Setelah itu, program diteruskan dengan alunan Qasidah oleh Sayed Arsyid bin Sayed Yasin daripada kumpulan Qasidah Nasrullah.

Program bual bicara yang membawa tajuk diskusi “Sambutan Maulid Nabi Pemangkin Kekuatan Ummah” yang berbentuk forum itu menampilkan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg.Datuk Hj.Rahimin Bin Bani,  Al-Habib Hamid Naufal bin Alwy Al Kaff, As Sayyid Syed Muhammad Bagir bin Haron Al Gadri sebagai panel dan Al-Fadhil Ustaz Hj Faisal bin Ahmad sebagai moderator.

Selepas forum, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil berkesempatan merasmikan pelancaran Kitab Muktasar Sirah Nabi.

Turut hadir  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Hj Rais bin Datuk Wira Yasin mengimarahkan majlis ilmu berkenaan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MUFTI BERSAMA UMMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID JAMEK LAKSAMANA HANG TUAH DUYONG

Tuesday, 04 October 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_1471

DUYONG, 4 Oktober – Program Mufti Bersama Ummah Sempena Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1444H/2022M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, Duyong.

Program bual bicara yang membawa tajuk diskusi “Menyingkap Ibrah Maulidur Rasul” yang berbentuk forum itu menampilkan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman; Mufti Kerajaan Negeri Pahang sebagai panel dan YBhg.Datuk Hj.Rahimin Bin Bani sebagai moderator.

Inti pati forum selama dua jam itu, antara lain adalah memupuk masyarakat  supaya menanam sifat kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. .Ahli panel forum juga menyarankan supaya umat Islam perlu bersatu dan saling kasih-mengasihi serta menjadikan akhlak mulia Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan dalam menyatupadukan ummah.

Selepas forum, para jemaah berselawat serta Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil berkesempatan menyukur jambul beberapa orang bayi.

Turut hadir  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengimarahkan majlis ilmu berkenaan.

Read more
  • Published in Berita
No Comments
  • 1
  • 2

Recent Posts

  • IMG_1090

    PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK, TAMAN KESIDANG

    LORONG PANDAN, 9 Mac – Telah berlangsungn...
  • IMG_1013

    KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

    BUKIT PALAH, 9 Mac – Sahibus Samahah...
  • IMG_0667-1

    PROGRAM BICARA MUFTI MASJID SAGA AYER PAABAS

    AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti a...

Archives

  • March 2023 (2)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal