KULIAH MAGHRIB FALAK SIRI 1/2022
ALOR GAJAH, 1 Julai – Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Kuliah Maghrib Falak Siri 1/2022 bertempat di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah. Kuliah ini menampilkan YBhg. Tuan Haji Hanafiah bin Abd Razak; Ahli Panel Pakar Falak JAKIM yang telah menyampaikan kuliah bertajuk “Falak Hubungannya Dengan Krisis Makanan Dunia”.



- Published in Berita
CERAPAN RASMI HILAL ZULHIJJAH 1443 H/2022 M
TG BIDARA, 29 Jun – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka dan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka telah mengadakan Cerapan Hilal Bulan Zulhijjah bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara pada jam 6.00 petang tadi.
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin telah mengetuai aktiviti mencerap kali ini bersama Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Melaka; Sr Tuan Aszaman Bin Misran dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka.
Setelah mendapati hasil cerapan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi ,Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa tiada kenampakan hilal.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah menerima laporan dari semua negeri-negeri telah mengisytiharkan Tarikh 1 Zulhijjah 1443H telah ditetapkan pada 1 Julai 2022M(Jumaat) dan hari Raya Qurban pada 10 Julai 2022 (Ahad) bersamaan 10 Zulhijjah 1443H.



- Published in Berita
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL.2/2022
TG. BIDARA, 27 Jun – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.2/2022 yang telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, telah berlangsung di Dewan Hamal Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka hari ini. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan berkenaan isu-isu keagamaan semasa di Negeri Melaka.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah Prof.Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim bagi membentangkan Taklimat Khas berkaitan Penentuan Hukum Plasma Darah Dalam Makanan Menurut Perspektif Islam kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA KE JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN, 21 Jun – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini mengetuai delegasi bersama Datuk Haji Ali bin Umar; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berkunjung ke Jabatan Mufti Negeri Sembilan bertempat di Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Kunjungan ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Amran bin Haji Awaludin; Timbalan Mufti Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan.Dalam pada itu, kunjungan hormat ini dapat mempereratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan serta turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DARI PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN) BUKIT AMAN
BUKIT PALAH, 1 Jun – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini menerima kunjungan hormat dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Dato Ayob Khan di Pejabat Mufti Negeri Melaka. Kunjungan hormat tersebut turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan.
- Published in Berita
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2022
BUKIT PALAH, 27 Mei – Majlis Agama Islam Negeri Melaka dengan kerjasama Agensi- Agensi Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Agensi Agama Islam Melaka yang telah bermula pada jam 9.30 Pagi hingga 12.30 Tengah hari bertempat di perkarangan lobi MAIM.
Terdapat pelbagai gerai dari jabatan-jabatan di bawah Agensi Agama Islam Negeri Melaka yang telah menyediakan pelbagai juadah antaranya lemang, ketupat, rendang, sate dan pelbagai jenis juadah hari raya.
Tuan Yang Terutama Tuan Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam bersama isterinya; YABhg. Toh Puan Datuk Wira Hajah Asmah Abdul Rahman turut berkenan hadir ke majlis jamuan hari raya pada kali ini.
Turut Hadir Ketua Menteri Negeri Melaka; Datuk Seri Sulaiman bin Md Ali yang berkesempatan melawat gerai-gerai dan beramah mesra bersama para hadirin yang hadir.
Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori gerai tercantik pada kali ini.
- Published in Berita
PENYERAHAN SURAT KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA KEPADA MALAYSIAN REFINING COMPANY SDN BHD
BUKIT PALAH, 19 Mei – Hari ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyerahkan Surat Kebenaran Solat Jumaat Sementara kepada wakil Malaysian Refining Company Sdn Bhd,Sungai Udang, Melaka.
Kebenaran solat jumaat ini bagi memudahkan kakitangan yang bekerja di loji operasi Malaysian Refining Company Sdn Bhd untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.
- Published in Berita
KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA
BUKIT PALAH, 17 Mei – Hari ini Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Delegasi Kolej Matrikulasi Melaka di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Pertemuan ini memberi fokus dalam menjalinkan hubungan baik dua hala disamping kedua-dua belah pihak saling bertukar pandangan serta membincangkan program yang boleh dijalinkan bersama.
- Published in Berita
CERAPAN HILAL RASMI SYAWAL 1443H/2022M
TANJUNG BIDARA, 1 Mei – Bersempena kedatangan Bulan Syawal 1443 Hijrah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan Cerapan Rasmi Hilal Syawal yang telah diadakan bertempat di Balai Cerap Al-Khawarizmi petang tadi.
Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Kanan Pelaburan,Perindustrian, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Tanjung Bidara) berkenan menghadiri Majlis Cerapan berkenaan.
Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka yang diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil bersama Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri Melaka telah melakukan cerapan pada petang ini seterusnya melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Setelah mendapat laporan dari 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan tarikh 1 Syawal 1443 H jatuh pada tanggal 2 Mei 2022 (Isnin).
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil juga turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya.
- Published in Berita
PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID AS-SAFWAN TELOK GONG
KUALA LINGGI, 17 April – Petang tadi, berlangsungnya Program Mufti Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan di Masjid As-Safwan, Telok Gong.
Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Selepas itu, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Kuala Linggi diiringi Ahli Jawatankuasa Masjid As –Safwan telah menyantuni dan menziarahi penduduk di sekitar Masjid berkenaan.
Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Kuala Linggi turut sama bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima.
Sebelum berbuka puasa program diteruskan dengan pengisian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.
Para hadirin kemudiannya berbuka puasa sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang di dalam sebuah Majlis Berbuka Puasa bersama Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Selesai berbuka, para jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.
- Published in Berita