CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2022
  • September
January 28, 2023

KURSUS CALON PEGAWAI SYARAK NEGERI MELAKA BIL.2 2022

Thursday, 29 September 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_0587-1

TG.BIDARA, 29 September– Hari ini merupakan hari terakhir Kursus Peningkatan Ilmu bagi Calon Pegawai Syarak Bil.2 bagi tahun 2022 yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bermula pada 27, 28 & 29 September 2022 bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus tersebut telah dihadiri seramai 40 orang calon bagi persediaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang akan ditemuduga. Para peserta terdiri daripada calon imam, bilal dan noja serta pengurus jenazah wanita dari setiap masjid di Negeri Melaka.

Para peserta hari ini diberi pengetahuan tentang ilmu fiqah seperti cara laungan azan serta tahsin Al-Quran yang bertajwid juga turut diberikan penekanan oleh Datuk Hj. Muhammad bin Hashim.

Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan kepada calon pegawai syarak yang akan ditemuduga. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Sahibul Fadhilah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

HARI KEDUA KURSUS PEGAWAI SYARAK BIL.2/2022

Wednesday, 28 September 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_0517

TG. BIDARA,28 September  – Hari ini berlansungnya hari kedua Kursus Pegawai Syarak anjuran Jabatan Mufti  Negeri  Melaka  bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Para calon yang hadir hari ini telah di beri pengetahuan berkenaan Akhlak & Tasawuf yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Haneef Bin Zin, Akidah Islam oleh Dr Mohamad Nadzli Bin Omar & Pengurusan Taharah oleh Ustaz Shahrir Asraf bin Hj.Azmi.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

HARI PERTAMA KURSUS PEGAWAI SYARAK BAGI TAHUN BIL.2/2022

Tuesday, 27 September 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_0438

TG.BIDARA, 27 September – Hari ini merupakan hari pertama berlangsungnya Kursus Pegawai Syarak Bagi Tahun 2022 anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka yang berlangsung di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kursus yang diadakan selama tiga hari ini, memberi peluang kepada calon-calon pegawai syarak yang terdiri dari calon imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita sebagai persiapan untuk menambah pengetahuan bagi menghadapi temuduga untuk menjadi Pegawai Syarak nanti.

Hari ini para calon di beri pengetahuan berkenaan Sembelihan, Korban & Aqiqah oleh Ustaz Muhammad Khidir bin Bahari, Munakahat oleh Ustaz Mohd Shokri bin Mustaffa & Pengurusan Jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Hamidi bin Hj Omar.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI MELAKA BIL.3/2022

Monday, 26 September 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
IMG_0346

AYER KEROH, 26 September – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.3/2022 yang telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, telah berlangsung di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka  hari ini. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan berkenaan isu-isu kefatwaan dan isu-isu keagamaan semasa di Negeri Melaka.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka serta pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Negeri Melaka dan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

LAWATAN KERJA DARI DELEGASI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA BERSAMA UITM CAWANGAN MELAKA DI KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI

Thursday, 15 September 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
_DSC0127

TG.BIDARA, 15 September – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini menerima kunjungan hormat dari Delegasi Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia Bersama UiTM Cawangan Melaka Di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Kunjungan delegasi dari Indonesia ini diketuai oleh Dr Mohd Zaid Mustafar; Ketua Pegawai Pengiring UiTM Cawangan Melaka serta beberapa pegawai-pegawai dan pelajar-pelajar dari Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia.

Delegasi ini juga telah dibawa melawat kemudahan yang yang ada seperti Balai Cerap, Planetarium dan Galeri Pameran Falak dan Astronomi di sini. Mereka juga turut diberi penerangan berkenaan operasi dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kompleks ini.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

KUNJUNGAN HORMAT DARI PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH AN-NUR MELAKA

Friday, 02 September 2022 by Maslinda MUFTIMELAKA
DSC0778

BUKIT PALAH, 2 September – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin hari ini menerima kunjungan hormat dari Pertubuhan Kebajikan & Dakwah An-Nur Melaka bersama Al-Habib Ahmad bin Husien Aideed dari Hadromout,Yaman. Kunjungan hormat ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan dalam menjalankan kerja-kerja dakwah khususnya di Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG_7955

    PASCA BANTUAN BANJIR TERENGGANU

    KUALA BERANG, 13 Januari – Dalam situasi ...
  • IMG_7526

    MAJLIS PENYERAHAN SIJIL ARAH KIBLAT STESEN PETRONAS NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 1444H/2022M

    SEMABOK,12 Januari – Jabatan Mufti Negeri...
  • IMG_7075

    MUFTI BERSAMA UMMAH MASJID AL-HILAL PANTAI ROMBANG MELAKA

    PANTAI KUNDOR, 15 Disember – Dalam usaha ...

Archives

  • January 2023 (2)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal