CALL : +606-3333 333 ext 5247
  • Peta Laman
  • Aduan & Maklum Balas
  • Soalan Lazim

MUFTI

  • Utama
  • Info MUFTI
    • Korporat
      • Sejarah
      • Visi, Misi & Moto
      • Objektif
    • Korporat
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
      • Bilangan Transaksi Online
    • Perutusan
    • Pengurusan
      • Carta Organisasi
      • Direktori Kakitangan
      • Peluang Pekerjaan
  • Awam
    • Fatwa Warta
      • Aqidah
      • Syariah
      • Muamalat
    • Info Fatwa
      • Apa itu Fatwa?
      • Peruntukan Undang-undang Mengenai Mufti dan Fatwa
      • Carta Alir Proses Pengeluaran Fatwa Rasmi
    • Falak
      • Arah Kiblat
    • Muat Turun
      • Muat Turun
  • Falak
    • Takwim Solat
    • Takwim Imsak & Berbuka Puasa
    • Rukyah
      • Data Rukyah
    • Jadual Lintasan Matahari
  • Hubungi Kami
  • Home
  • 2022
  • April
March 30, 2023

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID  AS-SAFWAN TELOK GONG

Sunday, 17 April 2022 by melak4

KUALA LINGGI, 17 April – Petang tadi, berlangsungnya Program Mufti Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka  telah diadakan di Masjid As-Safwan, Telok Gong.

Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Selepas itu, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Kuala Linggi diiringi  Ahli Jawatankuasa Masjid As –Safwan telah menyantuni dan menziarahi penduduk di sekitar Masjid berkenaan.

Program  kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka  bersama YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Kuala Linggi turut sama bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima. 

Sebelum berbuka puasa program diteruskan dengan pengisian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.

Para hadirin kemudiannya berbuka puasa sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang di dalam sebuah Majlis Berbuka Puasa bersama Mufti Kerajaan Negeri Melaka. 

Selesai berbuka, para jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID AL-JAUHARI KAMPUNG PAYA DATOK ALOR GAJAH

Friday, 15 April 2022 by melak4

ALOR GAJAH, 15 April –Petang tadi, Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah menganjurkan Program Mufti Bersama Masyarakat yang telah diadakan di Masjid Al-Jauhari, Paya Datok, Alor Gajah.

Program dimulakan dengan bacaan khutbah Jumaat “Ramadhan Bulan Al-Quran” yang telah di sampaikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka seterusnya memimpin solat Jumaat.

Selepas solat asar secara berjemaah, YBhg Ustaz Mohd Nidzar Bin Nor Mohamd; Wakil Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Jauhari Kampung Paya Datok telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.

Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan.YBhg Ustaz Mohd Nidzar Bin Nor Mohamd; Wakil Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama YB Tuan VP. Shanmugam a/l V.Pitchay; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Gadek yang juga merupakan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut hadir bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada penerima. 

Para hadirin kemudiannya berbuka puasa sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang. 

Selesai berbuka, para jemaah menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohd Nidzar Bin Nor Mohamd. 

Turut hadir Datuk Haji Mustafa bin Musa; Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID AR-RAHMAN KAMPUNG PARIT GANTONG SUNGAI RAMBAI

Friday, 15 April 2022 by melak4

SG.RAMBAI, 15 April – Pagi tadi telah berlangsung Program Mufti Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka yang telah diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Parit Gantong, Sungai Rambai. 

Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Kampung Parit Gantong Sungai Rambai dan Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Melaka. Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada penduduk kampung serta kepada para jemaah yang hadir menunaikan solat jumaat. 

Program diteruskan dengan menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Tuan Haji Suhaimi bin Jalil, Imam 1 Masjid Ar-Rahman,Parit Gantung, Sungai Rambai. 

Dalam pada itu Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Pengerusi Masjid Ar-Rahman Datuk Rahimin bin Bani yang juga merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas Majlis Agama Islam Melaka berkesempatan meluangkan masa menziarahi dan menyantuni beberapa orang penduduk berhampiran.

Sebelum solat Jumaat, YBhg Ustaz Mohd Arif Ariffin bin Abu Bakar;Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) telah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan “Kemuliaan Al-quran di Bulan Ramadhan”.

Setelah itu, program diteruskan dengan bacaan khutbah Jumaat “Ramadhan Bulan Al-Quran” yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil seterusnya memimpin solat Jumaat.

Selesai solat Jumaat, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan seterusnya merasmikan Kempen Penghayatan Islam. 

Turut hadir YB Siti Faizah Abdul Aziz; Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) Sungai Rambai.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM MUFTI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID AL-MARBAWI KAMPUNG AIR BEMBAN JASIN

Thursday, 14 April 2022 by melak4

JASIN, 14 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka telah menganjurkan Program Mufti Bersama Masyarakat yang telah berlangsung di Masjid Al-Marbawi, Air Bemban, Jasin.

Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Mohd Noor; Imam 1 Masjid Al-Marbawi. 

Seterusnya, Sahibus Samahah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Masjid  telah menyantuni dan menziarahi penduduk sekitar Masjid berkenaan.

Program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf-Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan bantuan kit makanan Majlis Agama Islam Melaka  kepada 5 orang penerima yang hadir. 

Sebelum berbuka puasa, para jemaah diberi pengisian tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin. 

Setelah itu, seramai 50 orang pelajar tahfiz telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa bersama Timbalan Mufti Negeri Melaka; Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin.

Program kemudian diteruskan dengan solat maghrib,isya’ dan tarawih secara berjemaah.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM MUFTI BERSAMA UMARA’ DI MASJID CINA NEGERI MELAKA

Friday, 08 April 2022 by melak4

KRUBONG, 8 April – Program Mufti Bersama Umara’ bagi tahun 1443H/2022M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah diadakan di Masjid Cina Negeri Melaka.

Program ini dimulakan dengan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Noor Amali @ Muhammad Dhiya’uddin bin Ab Rahim Al-Hafiz; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.

Selesai tazkirah, program diteruskan dengan bacaan khutbah Jumaat “Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan” yang telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri seterusnya solat Jumaat pula telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka.

Tuan Yang Terutama Tun Seri (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Dipertua Negeri Melaka turut berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Cina Negeri Melaka.

Selesai solat Jumaat, Tuan Yang Terutama Tun Seri (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang Dipertua Negeri Melaka diiringi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang pegawai syarak Masjid Cina Negeri Melaka. 

Bubur lambuk yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Cina Negeri Melaka dan Kakitangan Jabatan Mufti Negeri Melaka telah diedarkan kepada jemaah yang hadir.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

PROGRAM DAURAH KITAB FIQH AN-NISA’ SEMPENA RAMADHAN BAGI TAHUN 1443H/2022M

Friday, 01 April 2022 by melak4

BUKIT PALAH, 1 April – Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Melaka telah menganjurkan Program Daurah Kitab Fiqh An-Nisa’ Bagi Tahun 1443H/2022M bertempat di Auditorium Masjid Al-Azhim, Negeri Melaka yang dihadiri seramai 150 orang terdiri daripada orang awam dan kakitangan kerajaan di Negeri Melaka.

Topik perbincangan program ini telah disampaikan oleh oleh YBhg Ustazah Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membincangkan berkaitan permasalahan kaum wanita yang sering menjadi isu dan perbahasan dalam masyarakat. 

Turut hadir dalam program ini Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg Datin Siti Rohaya binti Kamaludin; Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Melaka.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

CERAPAN RASMI HILAL RAMADHAN BAGI TAHUN 1443H/2022M

Friday, 01 April 2022 by melak4

TG BIDARA, 1 April – Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Exco Kerajaan Negeri Melaka dan YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka berkenan menghadiri Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1443 Hijrah bersamaan 2022 Masihi yang telah diadakan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil telah melakukan cerapan pada petang ini seterusnya melaporkan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dalam pada itu, setelah menerima laporan dari semua negeri, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan dan menetapkan tarikh 1 Ramadhan 1443 Hijrah jatuh pada Hari Ahad 3 April 2022.

Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil juga turut mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

Read more
  • Published in Berita
No Comments

Recent Posts

  • IMG_1090

    PROGRAM BICARA MUFTI SURAU AL-MUBARAK, TAMAN KESIDANG

    LORONG PANDAN, 9 Mac – Telah berlangsungn...
  • IMG_1013

    KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DARI JABATAN PEGUAM NEGARA KE PEJABAT MUFTI NEGERI MELAKA

    BUKIT PALAH, 9 Mac – Sahibus Samahah...
  • IMG_0667-1

    PROGRAM BICARA MUFTI MASJID SAGA AYER PAABAS

    AYER PAABAS, 27 Feb – Bicara Mufti a...

Archives

  • March 2023 (2)
  • February 2023 (7)
  • January 2023 (5)
  • December 2022 (4)
  • November 2022 (9)
  • October 2022 (12)
  • September 2022 (6)
  • July 2022 (1)
  • June 2022 (3)
  • May 2022 (4)
  • April 2022 (7)
  • March 2022 (5)
  • February 2022 (2)
  • January 2022 (2)
  • December 2021 (10)
  • November 2021 (6)
  • October 2021 (7)
  • September 2021 (3)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (2)
  • May 2021 (8)
  • April 2021 (11)
  • March 2021 (4)
  • February 2021 (2)

Categories

  • Berita
  • Pengumuman

GET A FREE QUOTE

Please fill this for and we'll get back to you as soon as possible!

Waktu Operasi

Isnin – Khamis
7.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 6.00 petang

Jumaat
7.30 pagi – 12.15 tghari
2.45 petang – 6.00 petang

Hubungi Kami

T +606-2847920 / 21
Email: jkmmufti@gmail.com

Jabatan Mufti Negeri Melaka
Aras 2, Imarah A, Pusat Islam Melaka, 75150 Jalan Bukit Palah, Melaka

Open in Google Maps

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi
Penafian
Peta Laman
Soalan Lazim

  • GET SOCIAL
MUFTI

© 2021 All rights reserved. JABATAN MUFTI NEGERI MELAKA.

TOP
MyGov Portal