PANTAI KUNDUR, 28 Mac – Masjid Al Muhsinin, Pantai Kundur menjadi masjid terakhir bagi siri jelajah Program Bicara Mufti sempena bulan Ramadan tahun ini anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka yang telah berlangsung semalam bermula jam 6.00 petang.
Program dimulakan dengan pengisian tazkirah ringkas Ramadan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Setelah itu, program kemudian diteruskan dengan Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Golongan Asnaf di dalam kariah masjid berkenaan. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Encik M Hisham bin Isa, Ketua Terminal Regas Sungai Udang turut sama bagi menyampaikan bantuan berupa kit makanan asas kepada penerima.
Sejurus azan Maghrib berkumandang, para hadirin serta golongan asnaf kemudiannya diraikan didalam Majlis Berbuka Puasa yang telah diadakan.
Selesai berbuka, para jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil.