BUKIT PALAH, 06 Mei – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.1 bagi tahun 2024 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Melaka pagi tadi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang hadir.
Sebanyak enam kertas kerja mesyuarat telah dibentang dan diberi penerangan oleh pembentang kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bagi mendapatkan pandangan serta mengambil maklum mengenai perkara yang telah dibincangkan.
Enam kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Daie Faraid Malaysia.