TG.BIDARA, 27 Ogos – Kompleks Falak Al-Khawarizmi terpilih bagi Sesi Penilaian Program Malaysia Tourism Quality Assurance (MYTQA). Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan di Malaysia.
Ia merupakan satu pengiktirafan kepada produk pelancongan dan memberi pendedahan kepada penggiat-penggiat industri supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan.
Ia selaras dengan tujuan utama Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menyasarkan pelancongan islam dan astronomi kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke negeri Melaka.