BUKIT PALAH, 16 September – Seramai 6,234 peserta membabitkan 121 kontinjen mewakili pelbagai jabatan, agensi, institusi pendidikan, japerun dan masjid telah mengambil bahagian berarak sejauh 3.91 kilometer (km).
Kontinjen Jabatan Mufti Negeri Melaka kali ini menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Negeri Melaka dengan kekuatan kontinjen seramai 20 orang.