TG BIDARA, 3 Mei – Jabatan Mufti Negeri Melaka hari ini telah mengadakan Program Mufti Bersama Masyarakat yang bertempat di Kompleks falak al-khawarizmi. Program ini diisi dengan Daurah Kitab Fiqh Falak “Kitab Taufiqat Al-Ilahiyah” yang telah disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Hanafiah Bin Abd Razak; Panel Pakar Falak Jakim.
Ilmu falak dalam kefahaman masyarakat awam hanya dilihat berkaitan dengan detik melihat anak bulan untuk mengesahkan kedatangan Ramadan dan Syawal. Bagaimanapun, peranan ilmu falak sebenarnya begitu luas kerana ia menyediakan alamat, petanda dan petunjuk bagi menghadapi fenomena alam yang sentiasa berubah-ubah.
Justeru itu, Jabatan Mufti Negeri Melaka mengadakan Daurah Kitab Fiqh Falak ini bagi menyampaikan ilmu-ilmu berkenaan Falak kepada orang awam untuk dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian