AYER KEROH, 6 September – Semalam Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini telah menyerahkan sebanyak 300 buah buku Covid-19 kepada wakil Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) Melaka bertempat di Pejabat Mufti Negeri Melaka untuk diedarkan kepada pegawai dan petugas di sana. Buku ini merungkai persoalan yang berlegar dikalangan masyarakat mengenai hikmah ujian besar wabak ini kepada manusia.
Penyerahan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.