SG. RAMBAI, 26 Oktober – Semalam Program Mufti Bersama Ummah Tahun 1443H/2021M anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlansung pada jam 7.30 Malam di Masjid As Solihin, Sebatu, Sungai Rambai, Melaka.
Program bual bicara tersebut menampilkan YBhg Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg Datuk Haji Rahimin Bin Bani sebagai panel kehormat dan YBhg Ustaz Murad bin Ahmad sebagai moderator bagi program tersebut.
Inti pati forum selama sejam setengah itu, antara lain memfokuskan dalam mendidik masyarakat supaya merujuk dan berpegang kepada Fatwa-Fatwa yang telah diputuskan oleh pihak yang berautoriti dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.
Diskusi forum tersebut juga menyarankan supaya umat Islam bersatu dan saling kasih-mengasihi serta menjadikan akhlak Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan dalam menyatupadukan ummah.
Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.