TANJUNG KLING, 3 November – Semalam Ceramah Maulidur Rasul anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berlangsung pada jam 7.30 Malam bertempat di Masjid Bilal Bin Rabah, Tanjung Kling, Melaka.
Ceramah ini disambut baik dengan kehadiran penduduk sekitar yang hadir bagi mengimarahkan ceramah tersebut dan pada masa yang sama semalam merupakan genap 100 tahun usia masjid tersebut sejak ditubuhkan.
Ceramah berkenaan menampilkan YBhg Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin; Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka sebagai penceramah kehormat bagi ceramah berkenaan.
Intipati ceramah berkenaan menerangkan kepada jemaah yang hadir tentang kefahaman sirah Rasulullah SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi melahirkan rasa kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW.
Program ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.