TG BIDARA, 7 Disember – Hari ini para peserta kursus menjalani dan mengalami pengalaman dan diberi pendedahan oleh juruukur dari Jabatan Ukur & Pemetaan Negeri Melaka tentang kaedah yang digunakan untuk mengukur sempadan lot.
Para peserta diberi kesempatan untuk melihat dan menggunakan alat-alat yang digunakan dalam kerja-kerja pengukuran sempadan lot.
Turut hadir Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan Pengarah Jabatan Ukur & Pemetaan Negeri Melaka (JUPEM); Sr Sim Ching Yen.
Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti dengan diiringi Pengarah Jabatan Ukur & Pemetaan Negeri Melaka berkesempatan menyerahkan sijil kepada para peserta yang hadir pada kursus kali ini.
Kursus ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.