PEKAN, 1 Disember – Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil hari ini mengetuai delegasi bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dan Pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berkunjung ke Jabatan Mufti Negeri Pahang bertempat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan , Pahang.
Kunjungan ini disambut baik oleh Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman; Mufti Negeri Pahang dan pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Dalam pada itu, kunjungan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan mempertingkatkan lagi hubungan kerja dua hala di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Kunjungan ini telah diadakan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan berhubung kawalan penularan wabak penyakit Covid-19.