DURIAN TUNGGAL, 3 Nov – Lebih 200 orang pelajar dari Sekolah-Sekolah di bawah Kelab Falak Negeri Melaka menyertai program Bengkel Kelab Falak Dan Astronomi Peringkat Negeri Melaka yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka bertempat Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Bengkel yang berlangsung seharian itu, disampaikan oleh barisan pakar falak seperti Dr.Radzuan bin Nordin; Pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan En.Shahrin bin Ahmad; Pengasas Portal Falak Online yang dijemput khas sebagai fasilitator bengkel berkenaan.
Para pelajar diberi pendedahan oleh fasilitator berkaitan Fenomena Gerhana Bulan Berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah, Pengenalan Objek Angkasa dan Kaedah Pencerapan Gerhana Bulan Penuh .
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka hadir bagi merasmikan bengkel berkenaan dalam ucapannya berkata “Justeru, besar harapan beliau agar bengkel ini akan memberi manfaat kepada semua para pelajar supaya mereka dapat memahami dan mendalami ilmu berkaitan astronomi dan falak syarie seterusnya dapat melahirkan para cendekiawan falak pada masa akan datang kelak” katanya.
Kemudian Sahibus Samahah Datuk Wira Mufti diiringi Dr Puan Linda Koo Nei Sui;Timbalan Dekan Akademi Pusat Pembelajaran Bahasa berkesempatan menyampaikan sijil kepada guru-guru dari Sekolah-Sekolah di bawah Kelab Falak Negeri Melaka.