KUALA BERANG, 13 Januari – Dalam situasi banjir yang melanda Negeri Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Madrasah Fatimah Azzahra Bukit Pulau, Melaka dan beberapa Badan Kebajikan terpanggil untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan menggerakkan kempen Pasca Bantuan Banjir Negeri Terengganu.
Konvoi bersama 13 buah kenderaan pacuan empat roda dan van itu bergerak dari Madrasah Fatimah Azzahra Bukit Pulau, Melaka menuju ke Kuala Berang, Terengganu. Lokasi bantuan ini tertumpu di sebuah perkampungan Kampung Basung di Kuala Berang, Terengganu.
Penyampaian Bantuan dimulakan di Madrasah Tahfiz Darul Ansar yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka diiringi Pegawai Tanah & Daerah Kuala Berang kepada 25 orang kampung yang menerima Bantuan berupa Kit Makanan dan keperluan asas seperti pakaian, cadar dan bantal.
Selepas itu, Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil juga turut berkesempatan menyantuni beberapa orang penduduk kampung berkenaan yang terjejas akibat banjir.