TG.BIDARA, 2 Feb – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang telah di pengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, telah berlangsung di Dewan Hamal,Kompleks Falak Al-Khawarizmi bermula pukul 9.30 pagi hari ini.
Mesyuarat ini terdiri dari Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bersama Pegawai-Pegawai Agama Daerah di Negeri Melakabagi membincangkan hal-hal dan isu-isu berkaitan agama di Negeri Melaka.
Kemudian para calon pegawai syarak diberi peluang mengadaptasikan ilmu yang diperolehi seperti laungan azan, bacaan khutbah dan cara pengurusan jenazah di dalam Latihan Dalam Kumpulan yang telah dibimbing oleh fasilitator.
Terdapat beberapa modul kursus yang telah disediakan sepanjang kursus tersebut antaranya ialah ilmu yang meliputi asas fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan kepada calon pegawai syarak yang akan ditemuduga.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyampaikan sijil penyertaan kepada calon-calon Pegawai Syarak yang terlibat.