BUKIT PALAH, 16 Feb – Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil menerima kunjungan hormat dari Mufti Australia di Pejabat Mufti Negeri Melaka.
Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil bersama-sama pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Melaka menyambut mesra kehadiran rombongan ini.
Perjumpaan ini secara tidak langsung memberi kesempatan bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta mengeratkan hubungan dua hala antara Melaka dan Australia supaya terus diperkukuh dari masa ke semasa dan mengharapkan hubungan sebegini akan memanfaatkan kedua-dua belah pihak.