SG. UDANG, 14 Mac – Delegasi dari Jabatan Mufti Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Pegawai-Pegawai Jabatan Mufti Negeri Melaka telah berkunjung kepada Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid di Pejabat Panglima, Markas Divisyen Ketiga Infantri Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala di antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia yang telah sedia wujud di antara kedua-dua pihak ini.
Kunjungan ini juga turut memberi ruang bagi kedua-dua belah pihak untuk saling bertukar-tukar pendapat serta membincangkan isu-isu yang berkaitan.
Dalam pada itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil dan seluruh warga kerja di Jabatan Mufti Negeri Melaka mengucapkan sekalung tahniah kepada Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi bin Ab Rashid yang baru memulakan tugas di Pejabat Panglima, Markas Divisyen Ketiga Infantri Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.