JASIN, 11 April – Seramai 200 orang terdiri dari pelajar Sekolah Kebangsaan Terentang dan penduduk Kampung Terentang Jasin diraikan dalam Program Bicara Mufti anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Melaka kali ini yang telah diadakan di Masjid Ansorusunnah Kampung Terentang bermula jam 5.00 petang.
Program dimulakan dengan alunan bacaan kitab suci Al-Qur’an oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Terentang.
Setelah itu program diteruskan dengan Tausiyah Ramadan yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Dalam pada itu, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka diiringi Pengerusi Masjid Ansorusunnah, Encik Nizam bin Mohamed turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang asnaf dan anak yatim.
Sejurus azan maghrib berkumandang, Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama para jemaah berbuka puasa seterusnya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.