BUKIT BERUANG, 28 Julai – Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka mengiringi delegasi Ahli Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) terdiri dari Dato’ (Dr) Haji Nooh Gadot, Pengerusi LPPPQ; Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Kaya Perba Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Timbalan Pengerusi LPPPQ; Datuk Hajjah Hakimah bin Mohd Yusoff, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di Pertua Negeri Melaka di Istana Negeri Melaka pagi tadi.
Kunjungan hormat ini dilakukan bersempena Mesyuarat Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Bil.108/2.2023 yang telah berlangsung selama 3 hari bertempat di Hotel Hatten, Melaka.
Dalam pada itu, turut bersama kunjungan hormat YBrs. Prof. Dr. K.H. Nasaruddin Umar, Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia bersama delegasi.