JASIN, 20 Ogos – Hampir 200 umat Islam sekitar Kampung Kesang Tua hadir bagi memeriahkan Program Bicara Mufti bersempena anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka yang berlangsung di Masjid As- Salam, Kesang Tua, Jasin.
Progrqm dimulakan dengan solat Mahgrib secara berjemaah yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Selepas itu, program diteruskan dengan forum bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ itu menampilkan dua orang panel hebat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka bersama Ustaz Syed Mohd Aizuddin bin Tuan Sembak, Pensyarah ILP Bukit Katil serta Ustaz Murad bin Ahmat, Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.
Inti pati forum berbentuk bual bicara itu antara lain memberi penghayatan serta penekanan yang jitu terhadap perpaduan di dalam membentuk ummah yang sejahtera, seterusnya menatijahkan keharmonian di Malayisa dan di Negeri Melaka yang bersejarah ini.
Dalam pada itu, Tuan Razif bin Yakob, Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) kawasan DUN Bemban berkesempatan menghulurkan sumbangan kepada hampir 20 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jasin.