ALOR GAJAH, 16 Oktober – Lebih 300 orang telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M sejauh 1.2 kilometer sempena Program Bicara Mufti yang telah diadakn di Masjid Al-Muhsinin, Alor Gajah, Melaka.
Selesai solat maghrib berjemaah program diteruskan dengan program bual bicara berbentuk forum yang menampilkan barisan panel kehormat seperti Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, YBhg Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman, Penceramah Selebriti dan Al-Fadhil Ustaz Shahrir Asraf bin Datuk Haji Azmi, Pembantu Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Negeri Melaka selaku moderator.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, YB Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin yang juga Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana bersama penduduk kampung berhampiran yang hadir mengimarahkan forum bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani” berkenaan.