PUTRAJAYA, 21 Nov – Delegasi Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka diketuai oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat serta ziarah mahabbah kepada Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya.
Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai dan warga kerja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu juga, pertemuan ini turut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat serta menjalinkan kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di dalam institusi kefatwaan dan pentadbiran islam.