DURIAN TUNGGAL, 29 Ogos – Bengkel Kelab Falak dan Astronomi Siri 2/2024 telah diadakan di Dewan Kuliah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Seramai 200 orang pelajar terdiri daripada Sekolah-Sekolah Kelab Falak Negeri Melaka telah dibimbing oleh Dr Radzuan bin Nordin, Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri Melaka dengan menerangkan berkaitan Modul Peralatan Tradisional Falak “ Aplikasi Penggunaan Peralatan Rubu’ Mujayyab”. Peralatan rubu’ mujayyab adalah alat astronomi tradisional yang digunakan untuk mengukur kedudukan bintang dan planet, serta menentukan waktu solat dan arah kiblat. Dalam pada itu, para pelajar diberi pendedahan melalui pertandingan mencipta peralatan rubu’ mujayyab dengan menggunakan kabus, benang serta bahan yang lain.